in

“Boleh tak team awak clarify pasal ni?” – Dr Amalina Gesa Neelofa Sebab ‘Overclaim’ Jual Susu Pisang, Ini Respon Ejen

Susupisang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua kenal Dr Amalina ni memang cukup lantang di media sosial berkenaan dengan kesihatan diri, kalau diperhatikan, dia ni pantang tengok mana-mana produk kosmetik yang suka menjamin kesan berlebihan sampai diluar jangkauan overclaim demi melariskan produk.


Ramai pengasas kosmetik di Malaysia ni penah diserang Dr Amalina, suka overclaim perkara-perkara yang tak logik terjadi jika memakai produk tersebut.

 

Tak salah pun nak jual susu pisang, tapi…” – Dr Amalina

Baru-baru ini, Neelofa ada melancarkan produk terbarunya itu iaitu produk minuman susu pisang. Dalam iklannya, seorang pakar diet sebelum ini ada menepis dakwaan karut pasal susu tersebut.

Seperti yang kita tahu produk overclaim ini adalah kebaikan yang bakal terjadi kepada pengguna biarpun dalam produk itu tiada nutrisi atau punca yang sahih yang boleh memberikan kesan tersebut.

Jadi, pakar diet tersebut menyangkal dakwaan susu yang tiada fibre itu boleh membuang toksin dalam badan.

Disebabkan itu, Dr Amalina juga terpanggil untuk meminta penjelasan daripada Neelofa terhadap isu ini, baginya cara pemasaran ini dah misleading.

Memandangkan tweet ini meraih lebih daripada 9,000 jumlah perkongsian, ada netizen kongsikan perbualan tentang produk tersebut. Namun begitu, ada pihak menjelaskan bahawa iklan ini bukanlah dikeluarkan oleh pihak HQ.

 

Bukan dari HQ?

Ekmacecu0Ae8Qyo

Hurm, apa kata kita dengar daripada founder sendiri.

 

Baca : “Jual jelah, tapi jangan kaitkan dengan kesihatan” – Netizen Dedah Produk Terbaru Susu Pisang Neelofa ‘Overclaim’

Neelofa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.