in

Boleh Solat Jemaah, Aktiviti Imarah Di Masjid & Surau Pulau Pinang Mulai Esok

Masjid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bersempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) esok, kerajaan Pulau Pinang membenarkan semua masjid dan surau di negeri itu melakukan aktiviti pengimarahan masjid seperti kuliah subuh, kuliah duha dan kelas pengajian agama.


Menerusi Sinar Harian,  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) dalam pekeliling yang dikeluarkan hari ini turut membenarkan majlis akad nikah, program bantuan kebajikan serta khidmat nasihat diadakan di masjid dan surau.

81591962993 Sopsolatjumaat

Dalam pada itu, solat Jumaat dan solat fardu di semua masjid serta surau Jumaat  juga dibenarkan dengan kadar bilangan jemaah mengikut keluasan masjid dan ruang yang bersesuaian. Namun, penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter perlu diambil kira.

Selain itu, perlaksanaan solat jenazah bukan Covid-19 di masjid dan surau mengikut keluasan ruang solat turut dibenarkan. Malah aktiviti menziarahi kubur dengan pengamalan kendiri juga dibolehkan.

Sementara itu, Pengarah JHEAINPP Mohd Zakuan Zakaria berkata, ketetapan itu dibuat melalui perbincangan dengan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang pada 2 Mac lalu.

“Arahan perlaksanaan aktiviti masjid dan surau ini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa secara berperingkat tertakluk kepada situasi semasa wabak Covid-19.”

Garis panduan ini akan dikuatkuasakan bermula esok (Jumaat).

 

Baca : “Nanti saya masuk tabung masjid kak” – Pelanggan Tak Halalkan Duit Lebih Sedekah Pada ‘Rider’, Marah Makanan Dihantar Tak Cukup

Rider

 

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.