“Nanti saya masuk tabung masjid kak” – Pelanggan Tak Halalkan Duit Lebih Sedekah Pada ‘Rider’, Marah Makanan Dihantar Tak Cukup

Tambah ke Sumber Pilihan
“Nanti saya masuk tabung masjid kak” – Pelanggan Tak Halalkan Duit Lebih Sedekah Pada ‘Rider’, Marah Makanan Dihantar Tak Cukup

Korang selalu tak bagi ‘tip’ atau sedekah duit baki dekat food rider yang hantar makanan? Tapi, seorang rider baru-baru ni kongsi kisah perangai pelanggan dia yang tiba-tiba ‘tak halalkan’ duit yang baru disedekahkan.

Melalui perkongsian di Facebook, Khairul Haffendy Othman menunjukkan screenshot perbualan dia dan pelanggan wanita itu. Melalui mesej itu, pelanggan itu bagitahu Khairul yang dia tak menghalalkan wang lebih yang dia beri kerana makanan yang dihantarnya tidak mencukupi.

Dik. Kak tak halalkan duit terlebih kak bagi. Sebab makanan tak cukup. Call center pun tak angkat.”

Rider2Sumber: Gambar hiasan

Khairul bagaimanapun tidak terus melenting, sebaliknya membalas mesej pelanggan tersebut dengan baik dan memaklumkan yang dia akan sedekahkan semula wang lebihan yang tidak dihalalkan itu.

Kak, saya hnatar yang mana kedai bagi kak. Terima kasih kak kerana tak halal duit RM2 kak tu. Duit tu nanti saya masuh tabung masjid nah kak. Saya tak mau rosak rezeki saya dengan family saya.”

Menurut mStar, ia bukanlah sekadar ‘sembang kosong’ tapi Khairul memang betul-betul letakkan duit itu di tabung masjid nak sempat mengambil gambar untuk ditunjukkan kepada pelanggan berkenaan.

Perkongsian itu mendapat lebih 4.9 ribu shares di Facebook dan ramai netizen mengutuk sikap wanita tersebut kerana menyalahkan rider sedangkan mereka hanya ‘orang tengah’ sahaja. Antara komen netizen,

“Kak RM2 je, bukan RM2,000 mahupun 2 juta. Otak kak tertinggal kat perhentian bas mana yang terlupa nak fikir benda kecil macam ni?”

“Makanan tak cukup? Dia ingat rider tu masak sendiri ke apa?”

“Wei haritu makan aku order lain dapat lain aku complaint through live chat elok je foodpanda refund duit aku.”

“Sombongnya kau kak.”

Baca: Dapat ‘Order’ Daripada Geng Pancing, ‘Rider’ Ini Sanggup Naik Sampan Untuk Hantar Makanan

3Rider

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Sue Idris
Lagi tulisan Sue
Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Nanti saya masuk tabung masjid kak” – Pelanggan Tak Halalkan Duit Lebih Sedekah Pada ‘Rider’, Marah Makanan Dihantar Tak Cukup
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/nanti-saya-masuk-tabung-masjid-kak-pelanggan-tak-halalkan-duit-lebih-sedekah-pada-rider-marah-makanan-dihantar-tak-cukup/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM