in

“Boleh pulak tertinggal” – Selalu Rasa Sakit Bila Cuaca Sejuk, Rupanya Ada Pisau Di Dalam Dada Lelaki Ini

Boleh Pulak Tertinggal Selalu Rasa Sakit Bila Cuaca Sejuk Rupanya Ada Pisau Dalam Dada Lelaki Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki mengadu dia kerap berasa sakit di bahagian dada. Tapi, apa yang peliknya, sakit itu hanya datang apabila cuaca sejuk. Akhirnya, selepas menjalani ujian X-ray, barulah dia mendapat tahu yang punca kesakitannya itu datang daripada satu objek menyerupai pisau sepanjang empat inci yang tertanam di dadanya.


Kent Ryan Tomao 1 E1616894947885

Itu lah apa yang terjadi pada Kent Ryan Tomao, 25, dari Filipina. Segalanya bermula apabila pemuda itu membuat ujian X-ray sebagai memenuhi syarat untuk memohon kerja di sebuah lombong di Agusan del Sur.

Memetik laporan Oddity Central, lelaki itu terkejut selepas doktor memberitahu ada objek menyerupai pisau tertanam di dadanya. Lebih mengerikan, objek itu berada sangat dekat dengan salah satu paru-parunya.

Pernah diserang sekumpulan lelaki

Kent Ryan Tomao E1616895028635

Selepas disoal sekiranya Kent tahu atau tidak bagaimana objek menyerupai pisau itu tertanam di dadanya, lelaki itu memberitahu doktor dia mempunyai sejarah pernah ditikam lebih setahun lalu.

Menurut Kent, dia mendakwa dia diserang sekumpulan lelaki pada bulan Jun lebih setahun lalu semasa sedang menaiki motosikal. Dia kemudiannya ditikam dan hampir menemui ajal namun sempat diselamatkan doktor.

“Saya tak berapa ingat kejadian itu cuma apa yang saya tahu, saya hampir mati ketika dalam perjalanan ke hospital. Tetapi, doktor di sana berjaya menyelamatkan saya,” katanya.

Pun begitu, Kent tidak menyangka anggota perubatan yang merawatnya suatu ketika dahulu meninggalkan pisau terbabit di dalam dadanya. Terang Kent lagi, dia menganggap doktor sudah melakukan segala ujian dan pemeriksaan sebelum membenarkannya keluar dari hospital.

Difahamkan, Kent tidak mempunyai side effect lain disebabkan hal itu cuma dia kerap berasa sakit di dada apabila cuaca sejuk.

Walau bagaimanapun, Kent mendedahkan dia tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk menyaman doktor yang merawatnya lebih setahun lalu. Malah, dia juga enggan mendedahkan nama doktor terbabit.

Apa yang dia mahu hanyalah untuk mengeluarkan objek terbabit supaya dia dapat memohon kerja di lombong.

Sumber: Oddity Central

Baca: “Macam mana boleh masuk?” – Rasa Susah Nak Bernafas, Bila X-Ray Rupanya Lelaki Ini Tertelan AirPod

Gambar Baru E1613267702223

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.