Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan dipercayai akibat ditikam dalam satu kejadian di sebuah rumah kedai di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.
Menurut laporan Astro AWANI, mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 50 tahun ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di lokasi kejadian.
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan akibat tikaman pada bahagian dadanya.

Artikel berkaitan: Tular CCTV Rakaman Rompakan Di Taman Sri Muda, Wanita Ditikam 8 Kali Oleh Perompak Warga Asing
Artikel berkaitan: Rompakan Paling Berani! Kisah Geng Mamak Rompak Jongkong Emas RM12 Juta Dari Subang Airport
Mangsa telah ditemui dalam keadaan terbaring, tidak sedarkan diri serta berlumuran darah di unit rumah kedai tersebut.
Pihak polis mengatakan pihak mereka telah menerima laporan sekitar jam 2 petang mengenai kejadian tersebut.
Buat masa ini, kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Setakat ini, suspek masih lagi belum dikenal pasti.
Sumber: Astro AWANI
