in

“Macam mana boleh masuk?” – Rasa Susah Nak Bernafas, Bila X-Ray Rupanya Lelaki Ini Tertelan AirPod

Gambar Baru E1613267702223

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai juga yang dah beralih kepada penggunaan wireless earphones ataupun AirPod keluaran Apple. Earphone tanpa wayar ni semakin menjadi pilihan sebab senang dan tak perlu nak serabutkan diri dengan wayar terutamanya kalau nak pergi jogging kan.


Namun, kalau tak digunakan dengan berhati-hati, benda bersaiz kecil seperti ini boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Seperti yang terjadi pada seorang lelaki dari Massachusettes, Amerika Syarikat ni sebab dia telah tertelan AirPod baru-baru ini, lapor Daily Mail.

Airpod 2

Brad Gauthier tak perasan pun yang dia telah tertelan wireless earphone tersebut sebab pada mulanya, dia hanya rasa susah nak bernafas selepas bangun tidur.

Lelaki yang berusia 38 tahun itu juga tersedak apabila nak minum air. Dia hanya menyedari sebelah AirPod miliknya tu hilang pada waktu tengah hari. Family dia siap melawak lagi, mungkin dia tertelan sebelah earphone tu memandangkan dia juga rasa tidak selesa di bahagian dada. 

Saya hanya ketawa dengan lawak keluarga saya, namun tiba-tiba terdetik pula dalam hati yang mungkin saya tertelan AirPods tu ketika tidur,” katanya.

Jadi, dorang pun ke hospital untuk memastikan apa yang menyebabkan dirinya sakit. Rupa-rupanya, hasil imbasan X-Ray menunjukkan ada AirPod dalam esofagusnya. Macam mana pulak dia boleh tertelan ni? 

Airpod 1

Walaupun perkara yang berlaku ni macam pelik, Brad yakin yang ia berlaku ketika dia sedang tidur. Logik jugak tu, mungkin masa dia berguling-guling dalam tidur, benda tu termasuk dalam mulut. 

Nasib baik AirPod tu tak masuk ke kawasan organ dalaman penting yang lain. Brad juga telah menjalani proses endoskopi untuk mengeluarkan benda tu.

Airpod 3
Gambar hiasan

Yang paling dahsyatnya, AirPod tu masih boleh digunakan walaupun fungsi mikrofonnya telah rosak. Kiranya memang hebat lah produk keluaran Apple ni kan? 

So, korang yang ada wireless earphone macam ni tak digalakkan untuk guna ketika nak tidur. Kalau hilang, jenuh nak mencari ni. 

Baca: “Bateri ada 41% lagi” – Tak Sedar Tertelan AirPods, Lelaki Terkejut Alat Masih Berfungsi Lepas Keluar Waktu Buang Air Besar

Airpod

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Forbes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.