in

“Boleh merebak kedalam otak” – Budak 5 Tahun Hampir Maut Gara-Gara Banyak Makan Manis

Doktorgigi2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum korang buat andaian, baca dulu perkongsian ini sampai habis sebab Dr. Azila akan jelaskan bagaimana kerap makan manis dalam kalangan kanak-kanak ni boleh memudaratkan.


Jadi, lepas ni ibu bapa kena lebih tegas dalam memantau pengambilan makanan-makanan manis anak-anak sebab baru-baru ni doktor gigi Dr Azila Mohd Kasim kongsikan pengalamannya merawat kanak-kanak perempuan 5 tahun yang terlalu banyak kaviti sebab kerap makan manisan.

 

Doktor lain cuma bagi ubat 

70425505 2376041996048876 7369004225881178112 N  71403501 2376042089382200 664709750277013504 N

Disebabkan itu, ia telah mengancam nyawanya. Katanya ibu kepada kanak-kanak tersebut menghampirinya dekat carpark meminta untuk merawat anaknya.

Terkejut bila mendengar pasal keadaan anaknya, Dr. Azila Mohd Kasim bergegas bawa naknya ke klinik. Anaknya yang berumur 5 tahun itu muka dia bengkak teruk sebab sakit gigi. Kata ibunya, dia adalah orang ketika doktor gigi yang dia jumpa untuk rawat anaknya.

Kata ibu kepada kanak-kanak itu, tiga hari lepas anaknya ada sakit gigi, tapi bila bawa jumpa doktor, doktor yang dia jumpa tu cuma bagi ubat takan sakit, anti biotik, Amoxycillin dan Paracetamol je. Sama macam doktor yang kedua dia jumpa.

Kesannya muka kanak-kanak tersebut jadi bengkak sampai tak boleh nak buka mata kanan dia. Dr Azila kata itu adalah selulit muka yang terjadi akibat ada jangkitan pada tisu muka dia. Lalu doktor tersebut mulakan rawatan.

Semua ubat lain dihentikan kerana dos tidak betul dan dia menetapkan ubat baru untuk menghentikan jangkitan dari merebak.

Setelah tiga hari makan ubat, bengkak itu turun dan Dr Azila dapat mengeluarkan gigi dia yang dah rosak.

Saya mengeluarkan gigi itu kerana ada jangkitan bermula dan saya tidak mahu perkara yang sama berlaku kerana ia boleh membawa maut. Gusi bengkak bermakna terdapat jangkitan dan bakteria ini sebenarnya boleh merebak ke otak dan menyebabkan sepsis.”

71143189 2376042226048853 5735109120709623808 N

Tambahnya lagi, gusi yang bengkak, bakteria boleh merebak kedalam otak. Keadaan dikenali sebagai SEPSIS.

Sepsis adalah keadaan dimana jangkitan disebarkan melalui darah disebabkan sistem pertahanan badan perlu bekerja lebih masa untuk melawan jangkitan.

Bahan kimia yang dikeluarkan dalam aliran darah untuk melawan jangkitan mencetuskan tindak balas keradangan di seluruh badan sekali gus ia merosakkan sistem organ.

Malah sepsis boleh mengakibatkan komplikasi serius seperti masalah buah pinggang, paru-paru, otak dan jantung hingga menyebabkan kematian.

 

HUBUNGAN ANTARA SEPSIS DAN JANGKITAN GIGI

70237310 2376042152715527 8693901246131601408 N

Apabila berlaku jangkitan gigi, ia boleh menyebabkan pulpa (gigi bahagian tengah) dijangkiti. Pulpa ini adalah bahagian gigi yang mengandungi saluran darah, tisu penghubung dalam saraf besar.

Jika jangkitan berlaku, bakteria boleh keluar dari gigi ke tulang atau tisu bawah. Jadi tanda-tanda jangkitan dalam mulut adalah:

  • Nafas busuk.
  • Rasa pahit dalam mulut.
  • Demam.
  • Sakit gigi.
  • Gigi lebih sensitif.
  • Gusi bengkak.
  • Kelenjar bengkak pada leher.
  • Bengkak rahang
  • Nafas busuk.
  • Rasa pahit dalam mulut.
  • Demam.
  • Sakit gigi.
  • Gigi lebih sensitif.
  • Gusi bengkak.
  • Kelenjar bengkak pada leher.
  • Bengkak rahang

Jadi kalau ad atanda-tanda ni terjadi, boleh lah berjumpa dengan doktor gigi, sepsis boleh mengakibatkan komplikasi serius seperti masalah buah pinggang, paru-paru, otak dan jantung hingga menyebabkan kematian.

 

Baca : Doktor Gigi Ini Jelaskan Bagaimana Kerap ‘Breastfeeding’ Boleh Mengakibatkan Gigi Anak Rosak

Doktorgigi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.