Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa Malaysia sedia memasuki fasa ‘exit strategy’ atau pelan pasca krisis COVID-19 sekiranya kes positif di negara ini kekal satu atau dua digit.
Menurut Astro Awani, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih perlu dikekalkan untuk proses pemantauan dan kawalan COVID-19.
Jika kita buka lebih banyak sektor ekonomi dan kita berjaya kekalkan 1 atau 2 digit (kes baharu) maka kita sudah bersedia unfuk ‘exit strategy'”
Beikutan itu KKM bakal mencadangkan untuk membuka semula lebih banyak sektor pada masa akan datang.
Tambahnya lagi, perlaksanaan Akta 342 perlu dilanjutkan supaya pemantauan dan pengawasan berterusan.
“Apabila semua sektor dibuka dan pemantauan berjalan dengan baik, kita masih kekalkan dua atau satu digit, kita dan bersedia umum ‘exit strategy’ dan ini kita katakan ‘soft landing’ iaitu supaya rakyat Malaysia patuh SOP (prosedur operasi standard),”
Namun begitu, menerusi kenyataan akaun Twitter rasmi KKM semalam, Kebimbangan KKM sekarang ialah kepatuhan pekerja asing kepada SOP.
“Jika rakyat Malaysia dan pekerja asing boleh mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM (kedua-duanya seiring), nescaya rantaian #COVID19 dapat diputuskan dan jangkitan di negara ini ditamatkan.” Kata Dr Noor Hisham
Jika kes kekal 2 digit, kita sudah bersedia "exit strategy"
"Jika kita buka lebih banyak sektor ekonomi dan kita berjaya kekalkan 1 atau 2 digit (kes baharu) maka kita sudah bersedia unfuk 'exit strategy'.
Kebimbangan KKM sekarang ialah kepatuhan pekerja asing kepada SOP. pic.twitter.com/lthO1vrmbs
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) June 2, 2020
Alhamdulillah, sama-samalah kita doakan agar rantaian Covid-19 ini dapat diputuskan dan dapat menjalankan urusan harian kita seperti biasa.
Baca : Lebih 20 Warga Asing Sah Positif Covid-19, Kini Tiga Perumahan di Sepang Pula Dikenakan PKPD