Macam biasalah kalau awal tahun ni, mesti akan berlangsung acara tahunan bagi setiap sekolah di Malaysia iaitu acara merentas desa.
Kalau admin dulu, lagi banyak berjalan daripada berlari.
Baru-baru ni tular di laman Twitter mengenai seorang pelajar lelaki yang sempat dirakam sebelum dia yang sedang berlari dalam acara merentas desa tiba-tiba jatuh rebah di atas jalan.
WAJIB TENGOK SAMPAI HABIS!!!
.
tadi aku jaga checkpoint merentas desa, and sorang junior aku pengsan. tanpa aku sedar, aku sedang ketawa dgn beria😔
.
cuma nak pesan, sebelum pergi sekolah WAJIB ambil breakfast ok😂👌🏻 pic.twitter.com/x1OpBQgVdk— jam (@fizzzz02) January 7, 2020
Eh mesti yang jaga check point tu gelabah kan sebab ada peserta yang tiba-tiba jatuh pengsan?
Sebaliknya, dalam video tersebut, individu yang merakam hanya menggelakkan sahaja pelajar yang jatuh itu. Aduh kenapa pulak dah?
Rupa-rupanya, setelah dia menceritakan perkara sebenar, pelajar lelaki itu hanya berlakon jatuh pengsan dan kemudiannya datang sekumpulan rakan-rakanya dari arah belakang membantu dia.
Individu yang memuat naik video ini juga sempat memberitahu bahawa wanita bertudung merah di dalam video itu merupakan guru yang bertugas dan ada bertanya kepadanya dimana dia sempat tak merakam kejadian itu.
Time ni ustazah pandang aku pastu dia cakap
“Pijam dah amik gambo?”
Aku dengan ketawa padah sakan hanya mengangguk sahaja. Tak tahain nak gelak😂
— jam (@fizzzz02) January 7, 2020
Rupa-rupanya itu bukan percubaan lakonan kali pertama yang pelajar ini lakukan. Sebelum ini dia pernah membuat lakonan yang serupa. Disebabkan itu lah mereka yang menjaga checkpoint sepertinya sudah lali dengan aksi prank tersebut dan hanya merakam kejadian itu.
1st aksi, nampak sangat real🤧. Aku tak sempat nak record sampai habis, sebab aku nak cepat pergi kat mamat ni. Last” kena prank beb😂🙄!!!!!! pic.twitter.com/MQU900q4Zp
— jam (@fizzzz02) January 7, 2020
Ish budak ni, kalau betul-betul pengsan lepas ni orang tak percaya kang. Tapi kalau sekali tengok, admin pun ingat dia pengsan betul-betul.