in

“Boleh cuba” – [VIDEO] Wanita ‘Share’ Tips Halau Kutu Beras Guna Bawang Putih

Bawang Putih Halau Kutu Beras

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi masyarakat Malaysia, bawang merupakan salah satu bahan yang kerap digunakan dalam masakan kerana rasanya yang manis, aromanya yang boleh membangkitkan selera serta  menyedapkan masakan.


Antara jenis bawang yang mak-mak kita selalu gunakan dalam masakan adalah bawang kecil,    bawang ‘Holland’, bawang putih dan bawang merah. Kalau korang sendiri selalu masak kat rumah, mesti berair mata waktu potong bawang tu. Macam dalam drama air mata pulak kan?

@nz.pgs

Beras ada kutu ups!! jangan buang ikut tips cara saya ni?moga beri manfaat pada semua para emak2 ?part 2 result nya #tiktoksabahan #foryoupage

♬ Jeming Intan Berlian (Hidup Kita Keno Steady) – normuhammadhafiezhayqal

Baru-baru ini, seorang TikTokers @nz.pgs ada memuat naik satu video menunjukkan beras yang dibeli wanita ini ada banyak kutu beras yang merayap. Jadi, wanita ini memberi tips untuk menghalau kutu beras dengan menggunakan bawang putih.

Bawang putih mampu halau kutu beras

Mengikut wanita yang sering berkongsi tentang tips di dapur ini, ambil bawang putih selabu dan belah dua. Seterusnya, letak bawang putih tersebut dan benamkan dalam beras. Jika diletakkan bawang pada permukaan beras sahaja pun boleh. Biarkan ia seharian contohnya bila buat pagi, petang baru check semula beras tersebut. Mudah kan?

Dalam video di bawah pula, kutu beras yang pada mulanya ada dalam kuantiti yang banyak telah lesap. Sememangnya selain menggunakan cili kering dan jemur beras bawah panas, gunakan bawang putih juga adalah cara paling mudah dan berkesan.

@nz.pgs

Reply to @fangofmetsudo1 dah ambil video dgn jarak dekat heeee ? #tiktoksabahan #foryoupage #sandakansabah #ceritakutuberas?

♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berterima kasih tentang tips yang diberikan dan serta mereka lega kerana selepas ini tiada beras yang perlu dibuang atau dibazirkan.

Komen Bawang

Lepasni ramai dah boleh cuba tips berguna ni! Dah tak perlu buang beras okayy!

Baca: “Jangan buang tau” – [VIDEO] Guru Share Manfaat Kulit Bawang Yang Ramai Tak Tahu

Bawahhhh

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.