in

“Boleh cakap Korea la”- Pelajar Malaysia Interview Kumpulan TWICE Dalam Live Shopee 9.9 Buat Malaysia Bangga

Ft Shopee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang aktif di Twitter, pasti korang akan kenal dengan gadis yang kecil molek iaitu Sabrina Azhar yang pernah viral dulu selepas dia pernah terpalit dengan isu kontroversi ‘Blackpig’. Dia yang kini belajar di Korea Selatan sering berkongsi tentang kehidupannya sebagai pelajar di sana.


Semalam, Shopee telah membuat siaran langsung di beberapa sosial media termasuklah Youtube sempena jualan 9.9 mereka. Tapi apa yang membanggakan satu Malaysia, gadis yang berasal dari Subang Jaya itu telah menjadi host untuk program terbabit. Bangganya jadi anak Malaysia!

“TWICE pun ada!”

Sabrina yang fasih berbahasa Korea itu telah mendapat tawaran daripada Shopee untuk menjadi host rancangan tersebut. Dalam temubual tersebut, Sabrina telah menemu ramah kumpulan K-pop yang terkenal di seluruh dunia iaitu kumpulan TWICE.

Sabrina kelihatan tidak kekok dan santai semasa menemu bual kumpulan itu. Hal ini kerana dia sebelum ini pernah viral dalam channel Youtube dari Korea yang diberi nama Blimey yang memaparkan dia berkenalan dengan ‘oppa’ Korea.

Pada 9 September 2021 semalam, pihak Shopee telah mengadakan jualan besar-besaran dengan memberi harga yang sangat murah pada beberapa barang di aplikasi mereka. Beberapa baucher diskaun juga diberikan pada pengguna tetap Shopee.

“Ciri2 wanita idaman”

Video temu bual itu telah mendapat perhatian netizen dan telah viral di media sosial yang lain. @bae95liner juga telah berkongsi video terbabit di akaun Tiktok miliknya. Rata-rata netizen kagum dengan Sabrina kerana dia telah mengukir nama di seluruh dunia. Dah la cantik, pandai, talented, memang perfect la.

@bae95liner

i adore sabrina for her studies so much and now she’s interviewing twice??? I wanna be her so bad ? #트와이스 #kpopfyp

♬ jealousy, jealousy – Olivia Rodrigo

Dengan menjadi figura yang lengkap, Sabrina kini menjadi inspirasi kepada golongan muda di Malaysia untuk terus mengejar impian dan tidak mengalah.

Nak jumpa kumpulan TWICE! Min pun minat K-pop tapi tak reti cakap Korea…

Baca: “Buat ajukan ala-ala perang di Palestine” – Video Lawak Aliff Syukri Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Ft Aliff Syukri Ajuk Dunia Palestin E1631264289415

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.