Baru-baru ni kecoh satu Malaysia tentang bekalan ubat paracetamol atau Panadol yang kehabisan stok di mana-mana stokis ubat dan juga farmasi di negara kita.
Disebabkan itu, ramai yang ‘sambar’ je apa-apa jenis Panadol yang ada asalkan boleh bantu untuk hilangkan sakit kepala atau sakit-sakit badan.
Pun begitu, korang jangan main beli je paracetamol tanpa tahu kegunaannya. Haa, korang mesti ingat semua jenis Panadol tu sama kan? Tak gais! Jadi, min nak kongsi jenis paracetamol dengan function dia sekali ni…
1. Panadol ActiFast
Panadol ActiFast sesuai untuk melegakan sakit kepala dan boleh dikatakan laku keras juga kat pasaran. Memang cepat je habis… Walau bagaimanapun, ianya kurang sesuai untuk pesakit yang mempunyai penyakit darah tinggi.
Kenapa pulak tak sesuai? Haa, ini adalah disebabkan Panadol ActiFast mengandungi kandungan sodium sebanyak 173mg yang mana ia membantu untuk mempercepatkan serapan ubat ke dalam usus kecil.
2. Panadol (Biasa)
Panadol biasa ni merupakan jenis paracetamol yang wajib setiap orang ada walaupun hanya sepapan. Ini kerana ia sesuai digunakan kepada semua pesakit kecuali bayi serta kanak-kanak kecil bawah 12 tahun kerana tiada kandungan sodium.
Kandungan ubat ini terdiri daripada kalsium karbonat, asid alginic dan krospovidon yang membantu ubat untuk cepat hancur serta mudah diserap dalam badan.
3. Panadol Extend
Paracetamol yang ketiga ni, sesuai dimakan untuk melegakan sakit otot dan juga sendi. Kebanyakan pesakit yang mengalami penyakit kronik akan disarankan untuk makan Panadol Extend ni.
Ini kerana, ia mempunyai dua lapisan dalam ubat untuk memanjangkan tempoh serapan ubat ke dalam badan. Disebabkan proses itu, ubat itu akan bertahan dalam jangka yang lama sehingga 8 jam.
4. Panadol Menstrual
Siapa je yang tak pernah tablet Panadol warna pink ni kan? Haa, kalau warna pink ni mesti sinonim dengan kaum wanita kan? Sebab tu juga, Panadol Menstrual ni hanya boleh diambil oleh wanita sahaja.
Jenis paracetamol ni mengandungi pamabrom sebanyak 25mg yang mana ia membantu mengesan diuresis atau ayat yang lebih mudahnya adalah untuk menyingkirkan air lebihan yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa wanita datang haid.
5. Panadol Extra
Ada tak antara korang yang selalu alami sakit kepala yang melampau ataupun migrain yang menyebabkan korang rasa nak tidur je sepanjang hari? Haa, Panadol Extra adalah jenis paracetamol yang sesuai dimakan ketika mengalami sakit-sakit tersebut.
Pun begitu, ibu mengandung atau ibu yang menyusukan anak tidak digalakkan untuk mengambil Panadol Extra ini kerana ia mengandungi kandungan kafein yang tinggi iaitu sebanyak 65mg. Malah, ia juga sesuai untuk meredakan sakit gigi yang teramat sangat!
6. Panadol Soluble
Habis tu, macam mana untuk orang yang tak boleh makan ubat biji? Haa, korang jangan risau! Paracetamol Panadol Soluble ni memang sesuai untuk sesiapa yang susah atau tak boleh makan ubat biji. Hanya perlu larutkan je dalam air!
Sama juga seperti Panadol ActiFast, Panadol Soluble tak sesuai untuk diambil oleh peskit yang mengalami darah tinggi kerana kandungi sodium yang tinggi iaitu sebanyak 427mg.
Sekarang korang dah tahu kan function setiap jenis paracetamol Panadol ni? Harapnya jangan lah pula korang borong semua Panadol yang ada. Mana tahu ada yang lebih memerlukan…
Sumber: Twitter, Laman Web Panadol, Sinar Harian
Baca: KPDNHEP Dakwa Tak Terima Aduan Paracetamol Berkurangan