in

Makan Pedas Tak Elok Untuk Kesihatan, Doktor Dedah Trend Ini Boleh Rosakkan Sistem Penghadaman

Page Pedas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, makin ramai netizen di negara kita yang suka makan makanan pedas kerana ikut trend. Bukan itu sahaja, makanan-makanan yang dijual juga ada yang menambah tahap kepedasannya untuk menarik minat orang ramai sekaligus dijadikan sebagai challenge.

Walaupun begitu, makan banyak makanan pedas amatlah tidak sesuai untuk kesihatan diri sendiri malah boleh merosakkan sistem penghadaman sekiranya kerap diamalkan. Korang semua sayang perut sendiri kan?


Kesan makan makanan pedas ini telah didedahkan oleh seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Kamarul Ariffin di laman Twitternya iaitu, @dr_chaku. Dia sertakan juga bebenang bagi tweetnya sebagai penjelasan mengenai isu makan makanan pedas.

Aktiviti kunyahan tidak sempurna

Menurut Dr. Kamarul, apabila kita makan makanan pedas, secara automatiknya kita akan makan dengan laju dan makanan tidak dapat dikunyah dengan betul. Dia menekankan bahawa perbuatan ini tidak bagus untuk penghadaman kerana makanan akan mula dihadam dari mulut.

Pedas 1

Selain itu, di dalam mulut juga, pencernaan kimia turut berlaku yang mana enzim amilase dari air liur akan meratakan bentuk fizikal makanan yang dikunyah. Enzim ini berfungsi untuk meleraikan kanji unit karbohidrat kepada bentuk yang lebih kecil atauun gula ringkas. Jadi, kalau aktiviti perembesan enzim tidak berjalan dengan baik, kita akan kekurangan zat-zat makanan tauu…

Minum air banyak boleh sebabkan Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)

Bila kita dah makan makanan yang pedas, mestilah kita akan minum air banyak untuk hilangkan rasa pedas tu, betul tak? Ternyata, kalau minum air yang  berlebihan dari kapasiti perut boleh merisikokan kesihatan sendiri. Ini akan menyebabkan Gastroesophageal Reflux Disease (GERD). GERD yang mana asid berlebihan akan melimpah ke esofagus dan akan mengakibatkan pedih ulu hati dan juga sendawa berasid.

Pedas 2 1

 

Gastrik, ulser dan buasir

Selain dari GERD, makan makanan pedas juga sering dikaitkan dengan keradangan perut atau gastritis, ulser perut dan juga buasir. Makanan pedas tidak akan menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan meledakkan lagi penyakit itu sekiranya seseorang itu telah memilikinya.

Pedas 3

Dr. Kamarul juga menasihatkan agar diri sendiri yang harus berikan didikan tentang kesan-kesan makan makanan pedas kerana kita sendiri yang tanamkan persepsi untuk kerap makan pedas sehingga mengabaikan kesihatan perut sendiri.

Haa, jangan pula korang semua kerap makan makanan pedas. Nak makan tu boleh, tapi berpada-pada. Okay?

Baca: “Berat ujian Allah” – Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Gara-gara Suka Makan Pedas?

Untitled 2 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.