in

“Bodoh Dah Tahu Bini Mengandung Pergi Menyelit”- Penunggang Motosikal Mengamuk Kerana Hampir Dilanggar

Moto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Bodoh Dah Tahu Bini Mengandung Pergi Menyelit"- Penunggang Motosikal Mengamuk Kerana Hampir Dilanggar
Loading
/

Admin rasa boleh dikatakan setiap hari akan ada kemalangan jalan raya. Tak kisah la motor ke, kereta ke, lori ke. Semua ni atas sikap pengguna jalan raya yang tidak bertamadun dan pentingkan diri sendiri tanpa hiraukan keselamatan orang lain. Kalau dah selfish, keselamatan diri sendiri pun tak jaga, ini kan pula nak jaga keselamatan orang lain. Ye dak?


Hampir dilanggar

Viral di Twitter, satu rakaman video seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal yang hampir belanggar di sebuah jalan raya di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ni. Kejadian yang dirakam betul-betul mengejutkan dan menimbulkan kemarahan netizen yang melihat video ni.

Sumber: Twitter

Rakaman video selama 45 saat ni, terang-terang menunjukkan kesalahan penunggang motosikal yang menyelit secara tiba-tiba dan mengakibatkan dia sendiri hampir dilanggar.

Berang dan turun dari motosikal

Lelaki yang menunggang motosikal tiba-tiba berang dan bertindak turun dari motosikal lalu menjerit terlolong memarahi pemandu kereta tersebut. Aduh, mana sikap sopan santun rakyat Malaysia kita ni?

“Bini mengandung, perempuan”

“Kau langgar-langgar orang kau minta maaf, bini aku mengandung, perempuan, kau pandang depan lah”, itu ayat yang dikeluarkan penunggang motosikal tersebut yang lagi membuatkan netizen bengang kerana membawa isteri yang mengandung tapi menyelit dicelah-celah kenderaan.

Capture 20181222 110314
Sumber: Twitter

Capture 20181222 110552
Sumber: Twitter

Menggunakan alasan bini mengandung dan perempuan sangat-sangat la tidak logik dan pemandu kereta berkenaan dah minta maaf tapi masih lagi pertikaikan permohonan maaf orang tu. Aduh, pelik sungguh rakyat Malaysia ni.

Capture 20181222 111241
Sumber: Twitter

Ternyata apa yang buat netizen lagi marah, ternyata penunggang motosikal tersebut memberi signal ke kiri tetapi melencong ke kanan. Wow tajam betul mata korang ni!

Capture 20181222 105622
Sumber: Twitter

Tapi apa pun, tak kisah lah siapa yang salah dalam hal ni walaupun dah terang-terang kita nampak kesalahan siapa dekat situ, tapi admin sedih lihat masyarakat kita sendiri sangat kurang adab sopan dan bertimbang rasa, lagi-lagi dekat atas jalan raya.

Korang yang bawa motor ke kereta ke please berhati-hati. Sentiasa memandu dengan cermat dan ingatlah orang yang tersayang!

 

Baca: Penunggang Motosikal Hilang Secara ‘Misteri’ Lepas Nak Bantu Mangsa Kemalangan Tepi Jalan

Hilang Tanpa Pamitan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.