in

Blogger Terkenal Cik Epal Gaduh Dengan Michael Ang Pula Ke?

Cik Epal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Blogger Terkenal Cik Epal Gaduh Dengan Michael Ang Pula Ke?
Loading
/

Sejak-sejak memuatnaik kisah membeli stroller baru berharga RM3,000 kerana malas patah balik ke rumah, blogger terkenal Cik Epal semakin lama semakin mendapat perhatian tentera bawang Malaysia.


Live IG video announce saman orang

Baru-baru ini, dia telah melantik seorang peguam bagi menyaman warga Twitter yang dikatakan telah membulinya dan suami, Jofliam susulan kes itu.

Nama-nama tersebut telah disiarkan secara live di Instagram dan ditonton lebih 11,000 viewers ketika itu. Ia juga dikongsikan semula dan viral di Twitter.

“Kalau tak nak kena caci atau orang mengata..”

Susulan itu, ramai jugalah netizen yang memberi respon termasuk barisan artis serta pengarah popular, Michael Ang.

“Sekarang ni perlu ke aku gelak dekat dia balik?”

Walaupun tak menyebut nama sesiapa, ramai yang tag nama pasangan influencer muda itu di ruangan komen Instagram Michael Ang.

Dan menerusi posting terbaru di akaun Cik Epal pula, ternyatalah ada rasa tak puas hati dengan tuduhan disebut pengarah tersohor berkenaan.

Bukan kali pertama bawa kes ke mahkamah

Ini bukanlah kali pertama nama Cik Epal dikaitkan dengan kontroversi atau bertindak untuk membersihkan namanya di mahkamah.

Lebih-lebih lagi, dia pun dah 10 tahun berpengalaman terlibat dalam dunia blogging.

Antara nama yang pernah dikaitkan termasuk pengasas jenama Bella Ammara, Carl Shamsuddin yang digelar “Topi Merah”.

Baca: “Nak jadi bodoh jugak la lepastu famous, lepastu paid review letak harga yahudi” – Instafamous Letak Harga Cekik Darah Bagi Alasan ‘Win-Win Situation’

Feat 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.