in

Blake & Kawan-kawan Terima Pingat ‘Golden Performance’ Atas Penglibatan Operasi SAR Tragedi Batang Kali

Blake Dapat Pingat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi tanah runtuh di Batang Kali tahun lepas antara titik hitam dalam sejarah negara kita, seramai 31 orang telah meninggal dunia dan ia menjadikan tragedi itu antara yang paling buruk dalam sejarah Malaysia.

Pun begitu, pujian harus diberikan kepada kesemua yang terlibat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) kerana berjaya menjumpai kesemua mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut.


Antara pasukan yang mendapat pujian ramai ialah Unit K9 Bomba iaitu unit anjing pengesan yang telah banyak membantu dalam misi tersebut.

Empat ekor anjing dari unit tersebut telah dianugerahkan pingat Golden Performance atas penglibatan mereka dalam operasi itu.

https://www.instagram.com/p/CnLlEoSJZrB/

Blake, Lady, Grouse dan Pop menerima pingat itu daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada majlis mandat tahun baru kementerian itu.

Dalam majlis itu, Nga Kor Ming menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat, Datuk Nor Hisham Mohamad yang mewakili anggota bomba serta Unit K9.

Selain itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor turut diberikan penghargaan menerusi Timbalan Pengarah Wan Md Razali Wan Ismail, mewakili pasukannya.

Baca: Netizen Terharu Tengok Unit K9 Turut Kerah Tenaga Cari Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali

1Anjg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.