in

Bimbang Banyak Maklumat Salah, TikTok Padam Lebih 30 Juta Akaun Palsu

Tiktok Padam Akaun Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Media sosial alaf baru, TikTok yang mempunyai lebih 1.39 billion pengguna dan daripada jumlah itu 1 billion merupakan pengguna aktif menurut data syarikat berkenaan pada Ogos lalu. Dengan begitu ramai pengguna, pastinya pelbagai maklumat boleh dikeluarkan oleh pengguna tanpa mengetahui kesahihan perkara tersebut.



Menurut laporan, TikTok hari ini merupakan sumber berita paling cepat berkembang di UK dan menurut data, 7 peratus pengguna di atas 18 tahun menjadikan aplikasi berkenaan sebagai sumber mendapatkan berita.

Selain itu, golongan muda lebih gemar melakukan pencarian di TikTok berbanding enjin carian tradisional seperti Google.

30918D558916Dc28E8738862D53B4400

Pun begitu, laporan Newsguard mendedahkan bahawa 20% daripada hasil carian di TikTok berkenaan berita dan isu semasa mengeluarkan kenyataan yang salah, palsu dan tidak tepat.

Bagi mengekang masalah tersebut, TikTok difahamkan telah lakukan penambahbaikan dalam menguatkuasakan garis panduan komuniti, termasuk penyebaran “maklumat salah yang berbahaya”.

Menurut laporan yang dikeluarkan, suku terakhir bermula 1 April hingga 30 Jun 2022 itu menyaksikan 33 juta akaun pengguna telah dipadam daripada platform berkenaan. Ini merupakan satu peningkatan daripada suku sebelumnya iaitu 13 juta akaun pengguna telah dipadam dari platform tersebut.

Screenshot 2 2

Tambah kenyataan yang dikeluarkan, TikTok mensasarkan untuk memadam akaun yang dibuat bertujuan untuk mengelirukan orang ramai atau menggunakan TikTok untuk mempengaruhi pendapat umum secara menipu.

Data terbaru tersebut turut mendedahkan bukan sahaja akaun palsu, malah terdapat 20 juta akaun yang dimiliki oleh pengguna yang disyaki bawah umur 13 tahun serta 5 juta akaun yang dikategorikan sebagai ‘lain-lain’ telah dipadam oleh pihak mereka.

Sementara itu, hanya 7% video telah dipadam pada suku kali ini atas sebab ‘integriti dan ketulenan’ yang melibatkan video palsu, mengandungi maklumat yang salah atau kurang tepat, spam serta penglibatan akaun palsu.

Baca : Orang Complain Harga Nasi Lemak Lauk Daging RM 5 Mahal, Peniaga Tampil Bagi Respon

Ft Atok Respon Orang Pertikai Nasi Lemak Rm5

Sumber: TikTok
Sumber: Mashable SEA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.