in

Orang Complain Harga Nasi Lemak Lauk Daging RM 5 Mahal, Peniaga Tampil Bagi Respon

Ft Atok Respon Orang Pertikai Nasi Lemak Rm5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya kalau kita nak membeli nasi lemak berlauk, harga yang dikenakan mungkin agak tinggi, boleh mencecah hampir RM 10, itu pun ikut nasib ada yang letak lauk tu seciput je.


Namun seorang peniaga nasi lemak dari Penang ini hanya cas harga RM 5 untuk lauk daging dan portion yang agak banyak! Tapi masih lagi ada orang yang merungut mahal!

 

Jual RM 5 tapi daging banyak

Mungkin disebabkan tak tahan dengan kritikan orang ramai, lelaki yang menyapa dirinya sebagai Atok tampil memberikan respon menerusi TikTok miliknya @toklee_granpader.

Atok Rm5 Nasi Lemak 1

Dalam video berdurasi 5 saat itu, Atok membuat perbandingan kuantiti makanannya yang bernilai RM 5 dengan kuantiti nasi lemak yang bernilai RM 3, kedua-duanya diletakkan dengan lauk daging.

Dari situ, dapat dilihat nasi lemaknya yang berharga RM 5 itu lebih banyak lauk daging berbanding dengan harga RM 3.

“Memang murah harga RM 3, tapi Atok jual RM 5, anda jangan la kata mahal, yang suka buat mulut ni, cuba tengok daging Atok banyak mana. Awak tahu tak daging sekilo berapa?”

“Kalau nak kata Atok jual mahal, tengok portion dia, banyak ni, Atok jual RM 5.”

Atok juga turut membidas mana-mana pihak yang mempertikaikan harganya dengan nasi lemak dari gerai-gerai lain.

“Kalau awak nak mengata, mengata depan Atok, jangan cakap belakang Atok.”

Atok juga berpesan kepada individu yang mengata hasil jualannya itu agar berpada-pada dan memohon agar tidak ganggu periuk nasinya.

Dalam pada itu, Atok menegaskan bahawa dia lebih suka memikirkan kepuasan pelanggan ketika menikmati nasi lemak jualannya itu.

@toklee_granpader

dah letih nk hadap semua ni. tolong atok share hal ni. #cyzbca #fypage #viraltiktok

♬ original sound – toklee_granpader – toklee_granpader

 

RM 5 dah kira murah dah tu – Netizen

Dalam masa 2 hari, video ini telah meraih lebih 255K jumlah tontonan, rata-rata netizen memberikan sokongan moral kepada Atok dan anggap harga yang diberikan begitu murah apabila melihat kuantiti lauk daging yang ditunjukkan.

Malah, video ini juga viral di Twitter sehingga meraih lebih daripada 6,740 jumlah retweets dalam masa 17 jam. Majoriti memberikan pandangan yang sama bahawa ia sangat berbaloi dengan harga yang diberikan.

Screenshot 2022 09 29 110030 Screenshot 2022 09 29 110043

Kita sedia maklum bahawa harga sekarang makin naik dan secara tidak langsung harga menu di kedai makan mahupun warung pasti akan juga naik, kalau tak naik, mungkin kualiti atau kuantiti makanan itu diturunkan disebabkan nak maintain harga.

Baca : “Untung ke jual RM1 bang?” –  Peniaga Jawab Persoalan Netizen Jual Nasi Lemak Murah Tepi Jalan

Polo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.