in

Bill Gates Dakwa Risiko Covid-19 Semakin Berkurang Namun Pandemik Baru Bakal Muncul?

1Bg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia masih dalam pandemik Covid-19 walaupun ramai penduduk dunia yang kini telah menerima vaksin.


Terkini, billionaire Bill Gates mendakwa risiko untuk menerima jangkitan yang teruk akibat Covid-19 telah berkurang secara drastik namun pandemik baharu akan muncul.

Screenshot 2022 02 20 At 11.06.40 Am

Dakwaan itu dikeluarkan Gates dalam satu wawancara di CNBC di Munich, Jerman. Dalam sesi itu, Gates mendakwa pandemik baharu berpotensi untuk muncul daripada pathogen lain selain daripada jenis coronavirus.

We’ll have another pandemic. It will be a different pathogen next time”

Namun Gates menegaskan, dengan kemajuan teknologi perubatan yang semakin baik akan secara langsung membantu dunia dalam melawan pandemik baharu yang bakal muncul. Tambah beliau lagi, semua pihak harus bekerjasama untuk menjalankan kajian dan memberikan pelaburan dalam tempoh terdekat, iaitu sekarang.

Screenshot 2022 02 20 At 11.08.08 Am

Memetik laporan dari CNBC, Gates juga berkata dunia perlu bergerak dengan lebih cepat untuk membangunkan dan mengedar vaksin untuk mengekang pandemik baharu sebaik kemunculannya. Gates mencadangkan, pihak pembangunan vaksin dan dunia perubatan sepatutnya mampu untuk melakukannya dalam tempoh enam bulan berbanding 2 tahun seperti yang berlaku sekarang.

Baca: ‘Stalker’ Tak Serik, Lepas Elon Musk, Kini Nak Intip Pesawat Peribadi Billionaire Lain Pulak

Screenshot 2022 02 20 At 11.10.05 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.