in

“Bila kena halau mulalah main isu bangsa, agama” – Ramai Penyewa Kantoi Sewakan Rumah PPR Di Mudah.my, Langgar Perjanjian PPRT

Pprt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, isu flat PPR Taman Manggis di Georgetown telah menjadi antara isu hangat yang dibincangkan netizen apabila penghuni daripada 22 unit di PPR tersebut telah diarahkan keluar oleh pihak berkuasa.


Isu ni memang kecoh sebab ada yang cakap kerajaan negeri tak bertolak ansur langsung dengan penghuni di situ memandangkan ada di antara mereka yang tak ada tempat tinggal, warga OKU dan memiliki 8 orang anak.

53588168 2350839998486805 5168782704518365184 N
sumber: facebook
53204927 2350840088486796 551267341728481280 N
sumber: facebook

Tapi pendedahan daripada seorang netizen di Facebook ni agak membuka mata jugalah tentang realiti ‘sebenar’ penyewa rumah PPR. Ini apa yang dibongkarkannya… 

 

“Orang bagi rumah PPR, dia pergi sublet. Sewa atas sewa.” 

Menerusi perkongsian individu ini, dakwanya ramai di antara penyewa atau pemilik rumah PPR ni sebenarnya telah melanggar undang-undang PPRT tu sendiri. Kebanyakannya telah mengamalkan konsep sewa atas sewa sehingga perkara ini melucutkan hak dan rayuan mereka untuk terus tinggal di rumah PPR tersebut ditolak.

“Orang bagi rumah PPR, dia pegi sublet. Sewa atas sewa. Itu sendiri dah melanggar undang2 pprt. Sejak bertahun2 dulu dah bende nih ada.

“Bile kene halau, mainkan isu bangsa dan agama, senang betul hidup.

“Tak payah percaya cakap aku, pegi mudah.my pastuh check sendiri, saksikan dengan mata hati dan butir mata korang sendiri. Sekarang!, sementara post camni belum viral. ( Sebab kalau dah viral, sah2 kalut diorang delete!, takut kantoi!)

“Sengaja aku screenshot dan buh sini.

“Ini baru page 1 dari dari berapa page.”

53359666 10156474188013138 8371364101443551232 N 1

53467230 10156474187668138 5812833954159394816 N

53731899 10156474187838138 7377463090956206080 N
sumber: facebook

 

“Ada jugak yang duduk PPRT tapi punya rumah sewa 2-3 bijik kat tempat lain” 

Rata-rata netizen di posting tersebut juga mengecam tindakan penyewa sebegini dan beranggapan ia tidak adil untuk mereka yang benar-benar memerlukan rumah.

Marhaen
sumber: facebook

 

“Ini melibatkan keluarga yang berbeza. Jangan pukul rata!” 

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat isu ini tidak boleh dikaitkan dengan isu PPR Taman Manggis kerana situasi mereka berbeza. Tak seperti yang digambarkan di atas.

Pukul Rata
sumber: facebook

Apa-apapun admin harap penyewa yang menjalankan kegiatan haram ni hentikanlah daripada terus berbuat demikian. Kalau mampu, berikanlah rumah tersebut kepada mereka yang tak berkemampuan. Diharapkan jugak kes PPR Taman Manggis selesai dengan cara yang baik. Setiap masalah ada solusinya. 

Baca: 9 Beranak Terpaksa Tinggal Dalam Proton Iswara Selepas Dihalau Penyewa Rumah

Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.