in

“Bila dikira jumlahnya sudah berbeza. Bengang bukan kepalang…”

Kfc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disaat ramai yang mula merasakan orang sekeliling sudah hilang kewarasannya, tambahan pula selepas kes baling kasut di bazar Ramadan minggu lepas. Masih ada lagi manusia yang berjiwa besar, menjadi hero yang tidak didendangkan.


Melalui perkongsian di laman Facebook, seorang lelaki telah berkongsi kisahnya dibantu staf KFC saat dia kekurangan wang untuk membeli sejumlah set makanan KFC untuk anak-anak di rumah kebajikan.

Berikut apa yang diceritakannya:

“Alkisahnya masa ke KFC untuk memesan makanan untuk rumah kebajikan. Saya memesan 25 set makanan KFC. Saya dimaklumkan jumlahnya seratus lebih.” 

“Saya beritahu akan datang bayar semula selepas solat Jumaat dan selepas urusan pembelian buku. Staf di situ beritahu nanti dia akan sediakan (makanan) sebelum jam 3 petang.”

Caption
sumber: tripadvisor

Walau bagaimanapun, selepas lelaki tersebut selesai menunaikan solat Jumaat dan membeli bahan bacaan untuk kanak-kanak di rumah kebajikan, dia bergegas ke KFC Jalan Sulaman, Kota Kinabalu dan mendapati jumlah bayaran tempahannya sudah berbeza dari sebelumnya.

“Sampai di sana untuk mengambil tempahan dan bila dikira jumlahnya sudah berbeza. Bengang bukan kepalang.” 

Menurutnya, staf tersebut memberitahu yang dia sudah tersalah kira. Melihatkan wang yang dibawanya tidak mencukupi, lelaki tersebut bercadang untuk membayar menggunakan kad kredit.

“Tapi masalahnya KFC tidak boleh menerima bayaran guna kad kerana masalah terminal kad,” tambahnya lagi.

“Alamak! Takkan saya nak kurangkan jumlah set. Kesianlah anak-anak yatim dan fakir.” 

Namun begitu semuanya berubah apabila pengurus bagi cawangan KFC tersebut muncul dan memberitahu,

“Tak apa tuan, set yang lain tu kita bagi free. Jangan risau.” 

18838987 1039707176165130 3255002973896263716 N
sumber: facebook

Kata-kata pengurus tersebut membuatkan lelaki itu tersedu dan hiba. Malah dia sempat berseloroh di dalam perkongsiannya dengan mengatakan,

“Kurang asam punya staf! Punyalah baik hati engkau di bulan Ramadan ni. Saya nak balas dengan harta pun saya tak mampu! Tapi saya doakan semoga Allah memberi kebaikan dunia dan akhirat atas hati yang baik dan berjiwa besar!” 

18881739 1039707189498462 102769946198798832 N
sumber: facebook

Perkongsian ini rata-rata mendapat komen positif dari netizen yang tersentuh dengan kebaikan yang telah dilakukan staf di KFC cawangan tersebut. Malah ada juga yang jatuh hati pada paras rupa juruwang di gambar di atas yang dikatakan sama baik hati seperti pengurusnya.

“Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki pada yang membantu. Erk, siapa nama staf comel tu, rasa macam nak sedekah jiwa dan raga pada dia pula.”

“Lepas ini banyaklah orang nak makan KFC di Sulaman sana semata-mata mahu tengok kakak comel ni.”

Wah, lepas ni makin ramailah yang bertandang KFC cawangan itu. Nak cuci mata tengok kakak cantik tu, kan? Hehe… Apa-apapun tahniah kepada pengurus KFC tersebut! 

Baca: Lelaki Berhati Mulia Kongsi Kisah Mengapa Dia Jual Keretanya Dengan Harga 10 Sen

Jual Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.