Kecoh di media sosial baru-baru ini anak pelakon dan arkitek, Azhar Sulaiman menerima kritikan hebat daripada netizen selepas memuat naik gambar yang menampakkan bahagian dadanya.
Mesra dipanggila Leona, anak Azhar Sulaiman itu telah mendapat teguran dan kecaman di Twitter dan Facebook sehinggakan pelakon berkenaan turut sama menerima tempiasnya.
Terpanggil untuk mengulas isu terbabit, Azhar sendiri berkata dia berasa bingung apabila berkali-kali anak bongsunya itu dikecam. Sebelum ini juga pernah kecoh tentang isu Leona tidak boleh berbahasa Melayu, video TikTok dan warna rambutnya.
Menerusi Facebook, semalam Azhar berkata kepada anaknya untuk mencari klinik mengecilkan payudara dan dia mencadangkan agar anaknya berbuat sedemikian. Malah, dia juga memberi jaminan akan menanggung semua kos ‘make over’ tersebut.
Biar k*pek kecik… I’m sure takleh pakai baju baju seksi lagi…”
https://www.facebook.com/azhar.sulaiman.73/posts/10158533269694017
Bukan itu saja, petang semalam pelakon berusia 50 tahun itu turut memuat naik sebuah video memberitahu dia ke Balai Polis Jalan Tun Razak, KL untuk membuat laporan.
Menurut Azhar, dia kesal dituduh tidak menjaga serta memberi didikan yang baik kepada Leona. Katanya melalui video itu,
Pening kepala mami, tak pasal-pasal nama jadi panas pula sebab Leona, tapi takpa la. Beginilah semua. Setiap daripada kita ini ada anak dan setiap anak-anak kita ada masalahnya. Jadi mami ada masalah mami.”
Kalau anak awak itu juruh, pakai tudung, ikut cakap awak, alhamdulillah lah. Kami sebagai ibu bapa pun nak anak-anak macam awak juga.”
Tapi anak pun manusia juga, ada kepalanya taknak ikut. Nak buat macam mana?”
https://www.facebook.com/azhar.sulaiman.73/posts/10158533572064017