in

“Biar bagi banyak susu keluar” – Peladang Bagi Semua Lembu Dia Tengok VR Sebab….

Susulembu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak sangka pula VR ni sebenarnya bagus untuk lembu, ingatkan manusia je. Seorang peladang dari Moscow, Russia bagi lembu-lembu dia tengok VR, katanya boleh hasilkan banyak susu.


Katanya dia ada buat eksperimen dan ia berkesan susu dari lembu tu keluar banyak. Hurm, macam mana nak tahu kesahihannya?

 

Sebab boleh mengurangkan anxiety dan low moods katanya.

0 Vr Headsets For Cows In Moscow
Sumber : the sun

Menurut The Sun, cara peladang ni nak jaga mood lembu-lembu tu dengan berikan mereka VR dan ternyata ia berkesan. Ini kerana jika lembu ada dalam mood yang baik boleh mengeluarkan susu yang banyak.

“Pakar kongsikan ia dapat kurangkan anxiety dan menaikkan mood lembu-lembu ini dan secara langsungnya mampu membantu menghasilkan tenusu yang baik” 

Tapi apa yang lembu tu tengok kat dalam VR tu?

Menurut pentadbiran pertanian, satu software unik khas telah direka untuk merangsang persekitaran seolah-olah musim panas.

Jadi teori yang nak cuba disampaikan adalah, lagi baik mood lembu tu, lagi bagus produk kualiti tersebut.

Melalui view hijau dalam VR tu, tak kiralah lokasi mana lembu itu di simpan mereka masih mampu menghasilkan produk yang baik dalam jangka masa yang panjang.

Kajian keatas lembu-lembu dari Russia itu bantu memudahkan peladang mengahsilkan produk tenusu yang baik walau bagaimanapun keadaan lembu tersebut.

Bagaimanapun kajian luar biasa ini akan terus dijalankan, pentadbiran agrikultur Moscow sedang merujuk kajian yang dijalankan oleh orang Belanda yang mengatakan bahawa persekitaran tenang mampu menambahbaikkan kualiti produk tenusu.

Kilang tempatan mungkin akan memainkan lagu-lagu klasik kepada lembu untuk menenangkan mood lembu-lembu itu supaya dapat hasilkan susu yang baik.

Agak-agak kalau bagi lembu tu layan video Lobak Merah mesti melimpah ruah susu diaorang.

 

Baca : “Sampai melambung” – Netizen Terkejut Tengok Kemalangan Melibatkan Lembu Ini

Lembu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.