in

Biadap! Remaja Perempuan Selamba Buang Air Besar Depan Kedai Dobi di Seremban

Berak Dobi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jijik dan biadap! Itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan sikap seorang remaja perempuan yang dirakam membuang najis di hadapan sebuah kedai dobi yang terletak di Jalan Manickavasagam, Lobak, Seremban.

Menurut Harian Metro, perbuatan tersebut dikesan oleh pemilik kedai itu,  Datuk Adzwan Ab Manas selepas meneliti rakaman CCTV yang dipasang di premisnya.


Berak 2
sumber: facebook
Berak 4
sumber: facebook

Kejadian berkenaan dikatakan telah berlaku sebanyak tiga kali bermula pada awal dan pertengahan September lalu dan terbaru, remaja itu melakukan perbuatan tersebut sekali lagi pada Selasa lalu.

Adzwan pada mulanya menyangka ianya adalah najis anjing namun selepas diperiksa barulah diketahui bahawa ia adalah najis manusia.

“Apabila melihat CCTV, perbuatan itu dilakukan seorang remaja perempuan yang membuang air besar di tempat sama.

“Ketiga-tiga kejadian itu berlaku antara 1.30 tengah hari hingga 1.45 petang. Pada mulanya, saya tidak memperbesarkan perkara ini namun terpaksa membuat laporan kerana sudah tiga kali berlaku.”

Berak 1
sumber: facebook

Menurut Adzwan lagi, berdasarkan susuk tubuh yang dirakam CCTV, dia percaya bahawa perbuatan jijik itu dilakukan oleh individu yang sama. Lebih mengecewakan lagi, perbuatan kali ketiga itu ‘direstui’ seorang wanita dewasa dipercayai ibunya.

“Saya amat marah dan kesal dengan perkara yang berlaku, lebih-lebih lagi remaja berkenaan ditemani seorang wanita yang dipercayai ibunya. Saya percaya mereka adalah orang yang sama.”

Berak 6
sumber: facebook
Berak 5
sumber: facebook

“Bukan setakat tiga kali berak, tapi dalam insiden pertama, wanita yang menemani remaja tersebut dikesan dalam CCTV mengambil keluar bakul baju dan tong sampah yang diletakkan di kedai untuk kegunaan pelanggan,” katanya kepada mStar.

Berikutan kejadian berkenaan, Adzwan tidak lagi menyediakan bakul baju untuk kemudahan pelanggan kedai dobi yang telah diusahakan sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, Adzwan tidak pasti mengapa remaja itu berbuat sedemikian kerana terdapat beberapa premis makanan berdekatan yang menyediakan kemudahan tandas, termasuk tandas awam di medan selera.

“Saya percaya ia adalah perbuatan yang disengajakan sebab dah tiga kali berlaku di tempat sama. Bagi saya, ia satu tindakan biadab dan kurang ajar.”

Berak 3
sumber: facebook

Tidak tahan dengan perbuatan menjijikkan itu, Adzwan membuat laporan polis pada petang Khamis (semalam).

“Marah saya dah tahap maksimum. Nasib saya tak baik sebab tak jumpa mereka. Kalau ada, dah tentu saya akan bawa mereka ke balai polis.

“Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan dan mengenal pasti mereka yang melakukan perbuatan biadab itu.”

Apa agaknya motif sebenar individu itu eh? Sama-sama kita nantikan siasatan pihak polis selesai…

Baca: Lelaki Dirakam Selongkar Mesin Pengering Dobi, Cium Bau dan Curi Pakaian Dalam Wanita

Dobi2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.