Biadap! Medan Selera Di Manjung Download Endgame Secara Illegal & Pasang Secara Public Undang Kemarahan Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Disebalik kemarahan netizen terhadap spoiler yang ‘peghak’ nak dedahkan jalan cerita Avengers: Endgame yang kini sedang hangat. Ada pula pihak yang tak bertanggungjawab mendedahkannya di khalayak umum.

Haiihh! Buat movie ni bukan macam update story pakai filter, kalau nak kaut untung pun jangan lah sampai gunakan taktik kotor.

 

Ni bukan stakat spoiler ni

Ada satu medan selera di Manjung, Perak ini muat turun movie tersebut secara haram dan tayang di khalayak umum.

Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter Nadzrin Nadzer ini meraih lebih daripada 2,000 jumlah retweets buat masa ini sejak semalam ia dimuat naik.

Rata-rata netizen bengang dengan sikap pemilik kedai ini dan ada yang menggesa agar melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa.

Ada yang kata lokasi medan selera ni di sebuah pusat membeli belah terkemuka, tapi tak tahulah kesahihannya. Cuma tindakan ini sangat tak bertanggungjawab!

 

Melayu dengan sikap “benda free buat apa bayar” – Netizen

Hurmm, dia boleh dapat movie ni daripada individu yang tak bertanggungjawab sebarkan pautan untuk muat turun di Telegram macam ni .

Teringat lagi isu Munafik 2 dulu, mungkin nak kena buat macam ni kot baru kena. Kos nak buat movie ni bukan murah, sebab tu lah mereka mahukan ‘income’ semula. Kegiatan ini dah dianggap jenayah.

Bayangkan cuba kalau orang berniaga kitaorang curi resepi lepastu jual dengan ‘buang harga’? Marah kan? Macam tu lah mereka buat duit, admin nak jelaskan lah kot-kot ada yang tak faham, kenapa perkara ini boleh jadi isu.

 

Baca: “Saya dah warning..Tapi degil” – Penyebar Filem Munafik 2 Di Media Sosial Didenda Sebanyak RM 100K

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?