in

“Bf kau bawa Audi boleh la menunjuk”- [Video] Video Wanita Rakam ‘Boyfriend’ Memandu Sebelah Tangan Buat Netizen Meluat

Ft Drive 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak bangga dengan pasangan sendiri. Mestilah nak tunjuk pasangan dekat sosial media. Kadang-kadang sampai ada yang tunjuk aktiviti mereka setiap hari. Bestnya kalau ada girlfriend…


Macam video yang min tengok ni la. Dalam perkongsian @k1tttyh3110 di akaun Tiktoknya, dia telah memuat naik video yang menunjukkan dia ‘cair’ dengan cara boyfriend nya memandu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Min pun drive sebelah tangan tapi takda yang cair pun.

 

“Kenapa la sebuk hal orang”

Namun, video sweet ini mendapat kecaman netizen di Twitter. Video yang berdurasi lebih sepuluh saat ini telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter. Video itu mendapat perhatian netizen selepas dikongsi semula olehnya.

Sesetengah warga Twitter yang menonton video tersebut meluat kerana mereka beranggapan bahawa wanita tersebut bukan cair dengan cara boyfriend nya memandu tetapi dia saja nak menunjuk bahawa boyfriend dia bawa Audi. Laaa macam tu pulak.

“Bagi la dia peluang nak flex kereta boyfriend

Ada netizen yang sampai membandingkan kereta mereka dengan kereta lelaki tersebut. Beberapa netizen juga berkongsi video cara mereka memandu di ruangan komen video tersebut di Twitter.

Namun bukan semua netizen kecam video itu, malah ramai juga yang memberi sokongan kepada wanita tersebut. “Video tersebut tidak memberi apa-apa masalah pun jika dikongsi”. Yang bitter je akan kecam.

Antara komen yang support wanita tersebut:

Flex Kereta Komen

Selepas dihentam teruk di Twitter, wanita tersebut terus private kan akaun Tiktoknya untuk mengelakkan daripada dikecam. Min berharap wanita tersebut abaikan kecaman daripada mereka dan sentiasa menjaga mental health.

Min sentiasa mendoakan pasangan tersebut agar sentiasa sihat dan hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin. 

Baca: “Nak gelak pun serba salah” – Video Pemuda ‘Ditampar’ Pokok Ketika Nyanyi Jadi Bahan Ketawa Netizen

Sakit 1 E1628660247772

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.