Berita Baik Untuk Bangsa Johor! Sultan Johor Nak Buka Supermarket Baru 10% Lagi Murah Dari Tempat Lain

Tambah ke Sumber Pilihan
Berita Baik Untuk Bangsa Johor! Sultan Johor Nak Buka Supermarket Baru 10% Lagi Murah Dari Tempat Lain

Dulu kalau nak beli barang dapur, RM200 tu boleh dapat dua troli. Sekarang, setengah troli pun belum tentu dapat. Sebabkan ini, Sultan Johor umum berita gembira untuk rakyat kesayangannya.

Semalam, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah umumkan yang baginda nak buka supermarket baru di negeri Johor.


Menurut posting di Facebook @officialsultanibrahim, baginda sedang merancang untuk bekerjasama dengan sebuah pasaraya besar untuk beroperasi di Johor.

Sultan Ibrahim bertitah, barangan di pasaraya yang akan dibuka itu bakal dijual dengan harga 10 peratus lebih murah dari pasaraya lain untuk mengurangkan beban rakyat.

55744428 1183913261775365 5763956771064381440 N

KEBAJIKAN RAKYAT TETAP MENJADI AGENDA SULTAN JOHOR

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat dan Projek Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) merupakan antara inisiatif murni hasil ilham Baginda.

Baginda Tuanku Sultan yang kini berada di Timur Tengah atas lawatan peribadi, turut memikirkan mengenai keperluan rakyatnya.

DYMM Sultan Johor merancang untuk menjalin kerjasama strategik dengan sebuah pasaraya besar untuk beroperasi di Johor. Pasaraya ini memberi jaminan bahawa mereka boleh menjual barang-barang pada kadar 10 peratus lebih rendah, pada masa sama turut memberi jaminan pada kualitinya.

“Ini akan memudahkan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan barang keperluan asas dan harian pada harga yang murah,” titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office hari ini (28 Mac).

DYMM Sultan Johor bertitah, pengumuman lanjut mengenai perkara itu akan Baginda umumkan dalam tempoh terdekat.

Usaha bagi membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah terus menjadi agenda serta fokus DYMM Sultan Johor.

Wahh untungnya rakyat Johor dapat Sultan berjiwa rakyat macam ni. Nanti pasaraya baru ni penuh dengan orang Johor ke Singapore? Min tanya je…

Baca: “Kesultanan Johor tidak guna wang rakyat”

Screenshot 2019 03 29 At 3.24.01 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nadia Ghafar
Lagi tulisan Nadia

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Berita Baik Untuk Bangsa Johor! Sultan Johor Nak Buka Supermarket Baru 10% Lagi Murah Dari Tempat Lain
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/berita-baik-untuk-bangsa-johor-sultan-johor-nak-buka-supermarket-baru-10-lagi-murah-dari-tempat-lain/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM