“Bertanggungjawab!” – [VIDEO] Rider Minta Tolong Adik Hantarkan Order Lepas ‘Accident’

Tambah ke Sumber Pilihan
“Bertanggungjawab!” – [VIDEO] Rider Minta Tolong Adik Hantarkan Order Lepas ‘Accident’

Setiap kerja dan tugasan yang diamanahkan kepada kita haruslah kita jalankan dengan rasa penuh tanggungjawab tanpa mengira kecil ataupun besar tugas tersebut.

Mereka yang ikhlas dalam pekerjaan akan memberikan sehabis baik dalam apa jua keadaan sekalipun dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.


Baru-baru ini, telah tular di Tiktok sebuah video yang menunjukkan seorang rider penghantar makanan sedang bercakap dengan seorang lelaki berbaju hitam seperti menyuruh sesuatu.

Rider Grabfood tersebut kemudian menyerahkan telefon dan sebuah plastik yang dipercayai bungkusan makanan kepada lelaki tersebut.

Rupanya rider tersebut baru lepas accident

Menerusi ruangan komen, pemilik video yang juga merupakan adik kepada rider tersebut menyatakan yang abangnya terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia tidak dapat meneruskan tugasnya, lapor mStar.

Screenshot 2022 11 23 140429Sumber: Tiktok

Kelihatan juga sebuah motosikal yang dipercayai milik rider tersebut yang mengalami sedikit kerosakan dan melalui riak muka lelaki itu, dapat dilihat dia seperti sedang manahan kesakitan.

Ohh adik beradik rupanya…

Hubungan darah daging kedua beradik ini dan minta bantuan itu disahkan menerusi  sebuah video yang berasingan Lelaki berbaju hitam tadi oleh abangnya untuk membantu dia selepas terlibat dalam kemalangan.

Bahkan, si adik kepada rider tersebut diminta menyelesaikan tugasannya untuk menghantar makanan kepada pelanggan.

“Ceritanya macam ini, dia baru bangun tidur dapat call abang accident,” jelas pemilik video itu.

Netizen puji sikap amanah rider tersebut

Ruangan komen dibanjiri dengan komen warganet yang rata-rata memuji sikap amanah dan bertanggungjawab rider tersebut dalam melakukan tugasnyabiarpun ditimpa musibah.

Umum mengetahui bahawa jika rider terlibat dalam kemalangan, order itu akan terbatal apabila aduan dibuat kepada call centre tapi itu bukan apa yang dilakukan oleh rider ini.

Screenshot 2022 11 23 140618 1Sumber: Tiktok

Screenshot 2022 11 23 140650 1Sumber: Tiktok

Memang respek habis la dekat abang rider ni.. masih fikir pasal customer walaupun baru lepas accident…

Baca : “Barulah tak tumpah”- Cara Kedai Ini Bungkus Minuman Untuk Delivery Dipuji Ramai

F4 Air Tak Tumpah 758X399 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farhan Sahak
Lagi tulisan Farhan
Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Bertanggungjawab!” – [VIDEO] Rider Minta Tolong Adik Hantarkan Order Lepas ‘Accident’
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/bertanggungjawab-video-rider-minta-tolong-adik-hantarkan-order-lepas-accident-raih-perhatian-netizen/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM