in

“Barulah tak tumpah”- Cara Kedai Ini Bungkus Minuman Untuk Delivery Dipuji Ramai

F4 Air Tak Tumpah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Khidmat penghantaran makanan atau barang dapur sudah semestinya memudahkan semua orang sebab kita tak perlu lagi keluar rumah dan buang masa untuk pandu kenderaan semata-mata nak beli makanan.

Hanya perlu pesan melalui hujung jari di aplikasi dan barang yang dipesan akan sampai di rumah tak berapa lama kemudian.


Namun, kadang-kadang cara pembungkusan sesuatu barang yang tidak teliti seperti makanan atau minuman boleh menyebabkannya tumpah ketika dalam perjalanan.

Baru-baru ini, sebuah kedai minuman telah menjadi tular apabila cara pekerja kedai berkenaan membungkus minuman yang dipesan oleh pelanggan melalui aplikasi penghantaran meraih perhatian warganet.

Ini kerana dua gelas minuman tersebut dibungkus dengan kemas dan ia menyukarkan air berkenaan tumpah ketika dalam perjalanan untuk dihantar kepada pelanggan.

https://twitter.com/OwToTheZie/status/1591274877033779200

Dapat dilihat dalam gambar yang dikongsikan menerusi group Facebook GrabFood Rider Malaysia itu bahawa minuman itu diletakkan ke dalam dua buah cawan plastik yang kemudiannya diletakkan di dalam takeaway cup tray sebelum dibalut dengan kemas menggunakan plastic wrap.

Rata-rata netizen memuji cara kedai minuman tersebut membungkus pesanan pelanggan tersebut kerana sudah tentu kaedah itu boleh mengurangkan risiko minuman itu tumpah.

Warganet juga berharap agar cara tersebut akan dicontohi oleh peniaga-peniaga minuman lain.

Ini kerana ramai berkongsi pengalaman bahawa air yang mereka pesan menerusi khidmat penghantaran makanan selalunya akan tumpah, tak kira tumpah banyak atau tumpah sedikit.

Kalau tumpah sikit takpe lagi, kadang-kadang tu tumpah sampai air tu tinggal separuh je. 

Sumber: Twitter @OwToTheZie

Baca: “Takde common sense”- [VIDEO] Netizen Geram Gadis Ini Tumpahkan Air Dalam Lif

14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.