in

Indonesia Kehabisan Bekalan Oksigen, Puluhan Pesakit Tenat Covid-19 Meninggal Dunia

Ft Indoksigen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekurang-kurangnya 33 pesakit Covid-19 dengan simptom kritikal di Hospital Awam Dr Sardjito di YogYakarta dilaporkan meninggal dunia selepas tiada bekalan cecair oksigen diberikan semalam. Menurut pihak berkuasa, bekalan oksigen yang dihantar oleh syarikat pembekalan tiba lambat di hospital.

Jurucakap hospital, Banu Hermawan berkata kekurangan bekalan oksigen di hospital terbesar di bandar itu adalah kerana kebanyakan pesakit yang tiba berada dalam keadaan tenat, lapor Awani.


Indo

Negara jiran kita kini menghadapi peningkatan drastik kes Covid-19 dan sejak Sabtu lepas, sebanyak 63 kematian akibat virus itu telah dilaporkan di hospital berkenaan.

Meskipun hospital sudah menggunakan tangki silinder oksigen untuk merawat pesakit kronik, jumlah kematian bagaimanapun tetap meningkat. Bekalan oksigen dilaporkan kembali pulih sekitar jam 4.45 pagi Ahad (waktu tempatan) selepas kira-kira 15 tan bekalan cecair oksigen tiba.

Indo2

Indo1

Dalam keadaan kritikal itu, pihak hospital  sudah memohon kepada pihak berkuasa kesihatan untuk mempercepatkan bantuan. Seperti yang berlaku di India, Indonesia kini turut bertarung dengan peningkatan kes Covid-19 sehingga sistem kesihatannya hampir lumpuh.

Baca: Indonesia Kembali ‘Lockdown’ Lepas Kes Harian COVID 19 Melonjak Lebih 20,000

Joko Widodo Umum Lockdown Indo

Sumber: CNN
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.