in

“Berkenalan dengan lelaki lain dalam PUBG”- Suami Buka Mulut Kisah Isteri Lari Tinggalkan Anak Usia 3 Tahun…

Feat 7

Seorang wanita berusia 22 tahun berstatus isteri orang dipercayai lari meninggalkan suami dan anak mereka yang berumur 3 tahun gara-gara ‘obses’ dengan permainan atas talian, PUBG.

Menurut Astro Awani, wanita dari Penarik, Setiu itu dikhabarkan telah menghilangkan diri sejak 31 Mei lalu dan sehingga kini masih gagal dikesan.

Suami wanita itu, Apis 24 tahun berkata isterinya itu keluar dari rumah menggunakan sebuah motosikal dan dipercayai lari selepas berkenalan dengan seorang lelaki dari permainan tersebut.

82979942 4236741733017590 4424350076235677696 O

Ini adalah kali kedua dia telah menghilangkan diri macam ni. Yang pertama hujung tahun lepas. Memang kami ada bertengkar sebelum hari dia menghilangkan diri.

“Ini kerana dia asyik dengan permainan atas talian PUBG dan berkenalan dengan seorang lelaki yang mungkin mempengaruhinya sehingga bertindak sedemikian,”

Katanya kali terakhir isterinya dikesan adalah di kawasan Manir, selepas motosikal yang dinaiki isterinya itu ditinggalkan di sebuah pasaraya.

102375619 4236741546350942 652411326173282304 N

“Saya dan keluarga turut risau dengan keselamatannya kerana telah beberapa hari tidak pulang dan tidak tahu di mana dia berada. Harap pihak polis dan orang ramai dapat membantu mencari dia dengan segera,”

Kata lelaki itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Penarik, Setiu dan pada masa sama berharap ada pihak dapat menyalurkan maklumat membantu mengesan isterinya.

Dia yang hanya bekerja kampung berkata kesal dengan kejadian tersebut memandangkan anak mereka masih kecil dan memerlukan perhatian seorang ibu.

 

Baca : Update Terbaru PUBG Mobile Ada Unsur Syirik?

Baca 3Baca 3

Sumber: Facebook