in

Beri Laluan Untuk Kerja Baik Pulih, Ini Perubahan Jadual Operasi Tren Terakhir Laluan Putrajaya Pada 7 & 8 Mac

Tren

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian kecurian kabel MRT yang berlaku baru-baru ini menjejaskan kelancaran perjalanan tren sekali gus menyusahkan ramai pengguna.

Sehubungan itu, pihak Rapid Rail memaklumkan terdapat perubahan jadual tren MRT Laluan Putrajaya pada hujung minggu ini, iaitu pada 7 dan 8 Mac 2026 (Sabtu dan Ahad).


4
Gambar sekadar hiasan

Perubahan jadual tren pada 7 dan 8 Mac itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih susulan insiden kecurian kabel bekalan kuasa yang menjejaskan operasi perkhidmatan.

Perubahan tersebut melibatkan tren terakhir dari Stesen Putrajaya Sentral menghala ke Kwasa Damansara yang akan ditamatkan di Stesen Metro Prima.

Orang ramai boleh merujuk kenyataan rasmi daripada pihak Rapid Rail bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perubahan jadual tren berkenaan.

3

Artikel berkaitan: Kantoi Tengah Potong Kabel KTMB, Seorang Lelaki Berjaya Ditangkap

Artikel berkaitan: Berhasrat Nak Sambung Belajar Di UK, Graduan Undang-undang Antara Ditahan Cuba Curi Kabel TM

Oleh itu, perkhidmatan bas percuma akan disediakan dari Stesen Metro Prima ke stesen-stesen seterusnya sehingga ke Stesen Kwasa Damansara dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit.

Selain itu, penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Kwasa Damansara juga boleh menggunakan Laluan Kajang sebagai laluan alternatif.

Walau bagaimanapun, perubahan ini hanya melibatkan jadual operasi tren terakhir dari Stesen Putrajaya Sentral menuju ke Stesen Kwasa Damansara. Perkhidmatan tren dari Stesen Kwasa Damansara ke Stesen Putrajaya Sentral pula kekal beroperasi seperti biasa tanpa sebarang perubahan.

Take note guys, dan jangan lupa untuk rancang perjalanan anda hujung minggu ini jika anda menggunakan MRT laluan ini.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.