in

Berhabis RM45 Ribu, Nak Jadi Hael Husaini

Hael Woiii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana artis yang terkenal dan ada peminat fanatik tu biasalah. Ada yang suka mengumpul gambar artis dari keratan majalah dan ada jugak yang sanggup berhabis duit kumpul album artis kesayangan setiap tahun.


Tapi level fanatik macam tu belum cukup hebat sebab ada seorang lelaki ni sanggup berhabis duit ribu-ribu demi ubah mukanya jadi Hael Husaini! Tak percaya? Haa korang tengok gambar mamat bernama Adam Zainee ni. Sekali pandang, serius macam Hael!

Hael Tipu 1
sumber: blog
Hael Tipu 2
sumber: blog
Hael Tipu 3
sumber: blog

Malah Adam menerusi Instagram juga mengaku yang dia berbelanja sebanyak RM45,000 dengan membuat pembedahan di bahagian rahang kiri dan kanan serta mencucuk botoks pada bahagian bibir, hidung, dagu dan pipinya. Wow! So much effort! 

Adam Tipu 4
sumber: blog
Adam
sumber: blog

Pendedahan Adam ni mendapat kecaman netizen yang rata-rata mengatakan lelaki ni tak bersyukur dengan ciptaan Allah. Ada juga yang mengatakan Adam ni tak ada rasa bersalah langsung ubah ciptaan Tuhan. Bangga sungguh buat dosa ye!

Bangga Berdosa
sumber: blog

Walau bagaimanapun, Adam ni boleh dikatakan agak femes la dalam kalangan peminat Hael. Dia pernah buat cover lagu Haram dan ada jugak rakannya yang sangat supportive mengatakan Adam ni lagi handsome dari Hael. Emmmm…

https://www.instagram.com/p/BlsVs8QBdyQ/?tagged=adamzainee

Ggg
sumber: instagram

Apa-apapun Adam telah private kan akaun Instagram sebab terlalu ramai yang menghinanya di bahagian komen. Harap tabah lah ye… Berani buat berani tanggung. 

Baca: 10 Info Menarik Tentang Juara AJL 32, Abang Jampi Hael Husaini 

Haellls

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.