in

“Berdoa tu tak salah, tapi tak kena tempat” – Puluhan Ribu Warga Bangladesh Berkumpul Untuk Solat Hajat Selamatkan Dunia Dari Coronavirus

Feature 3 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kes Covid-19 telah menunjukkan peningkatan sehingga 790 kes disebabkan perhimpunan gerakan tabligh yang telah diadakan pada hujung Februari lalu di Masjid Sri Petaling.


Tidak cukup dengan itu, masih ada lagi golongan yang sepertinya tidak mengambil iktibar daripada kejadian ini.

Seperti yang berlaku di Bangladesh, seramai 25,000 rakyat Bangladesh telah dikatakan menyertai solat sunat dan berdoa untuk menyelamatkan dunia daripada virus korona, lapor mStar. Ya Allah, dorang ni tak takut ke. 

Bangladesh

Acara solat beramai-ramai itu dikatakan telah berlangsung pada Rabu selepas solat subuh. Difahamkan, mereka semua berkumpul untuk memohon doa agar semua pesakit Coronavirus disembuhkan.

Niat dah bagus, cuma mungkin acara ini tidak sesuai dengan situasi sekarang. Ye lah, bak kata pepatah, matlamat tidak menghalalkan cara. 

Bangladesh 2

Perhimpunan tersebut dikatakan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berwajib. Maknanya, dorang buat ni ikut suka dorang je lah. 

Rata-rata netizen memberi reaksi yang berbeza perihal perhimpunan agama ini.

Bangladesh 1

Walaupun kes Covid-19 di negara tersebut hanyalah 14 kes, namun tidak mustahil bilangan kes akan naik secara mendadak selepas ini.

Harapnya dorang pergi buat check-up lah lepas ni kan.

Baca: “Pegang tangan, kongsi pinggan’ – Bagaimana Gerakan Tabligh Sri Petaling Jadi ‘Hotspot’ Covid-19 Di Asia Tenggara

Tabligh 1 1

Sumber: mStar
Sumber: UNB
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.