in

“Pegang tangan, kongsi pinggan” – Bagaimana Gerakan Tabligh Sri Petaling Jadi ‘Hotspot’ Covid-19 Di Asia Tenggara

Collage 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, salah seorang lelaki berusia 34 tahun yang menghadiri perhimpunan tabligh bulan lepas di Masjid Sri Petaling telah disahkan meninggal dan merupakan kematian pertama yang dikaitkan dengan acara yang berlaku pada 27 Februari lalu.

42 1

Perhimpunan yang dihadiri oleh 16,000 orang termasuk 1,500 warga asing ini telah menjadi punca beratus-ratus kes baru jangkitan coronavirus yang melanda Asia Tenggara.


Dekat Malaysia je, dalam 653 kes positif coronavirus, hampir dua per tiga dikaitkan dengan perhimpunan tabligh yang berlangsung selama empat hari ini. Namun, sehingga kini masih tak dapat dipastikan siapa orang pertama yang membawa virus ini ke sana.

Menurut NST, Reuters telah menemubual enam orang yang hadir ke perhimpunan tersebut, melihat gambar dan posting-posting di media sosial serta bukti menunjukkan macam mana wabak ini boleh menular melalui pelbagai cara sepanjang empat hari itu.

Jemaah Tabligh, Masjid, Pejabat Perdana Menteri, KKM enggan berikan komen lanjut

Ums Ms1303 Nstfield Image Listing Featured.var 1584080813

Penganjur, gerakan dakwah Islam Jemaah Tabligh yang telah wujud sejak seabad lalu dari India ini telah menunda semua aktiviti dakwah mereka namun tak berikan apa-apa komen mengenai perhimpunan yang dilakukan di Malaysia.

Masjid Sri Petaling yang tutup sejak Selasa juga tak menjawab panggilan.

Mulai hari ini, Malaysia telah menutup sempadan, sekolah, universiti dan kebanyakan perniagaan untuk mengawal wabak coronavirus. Kesemua masjid akan ditutup selama dua minggu.

Surache Wae-asae, seorang bekas ahli parlimen Thai yang mengikuti perhimpunan tersebut telah disahkan negatif coronavirus mengatakan yang dia terkejut acara ini diteruskan.

Saya terkejut bila acara ini diteruskan. Tapi di Malaysia, tuhan itu sangat penting dan kepercayaan sangat kuat.”

Pejabat perdana menteri dan kementerian kesihatan juga enggan mengulas lanjut mengenai perhimpunan itu.

Pegang tangan, kongsi pinggan

Makan Dalam Dulang E1511254731448

Perhimpunan yang sesak dengan orang hingga tetamu perlu menaiki bas-bas perantara untuk tidur di lain-lain tempat ini telah dihadiri oleh puluhan negara termasuk, Kanada, Nigeria, India dan Australia.

Bukan tu je, ada juga diantara tabligh ini yang merupakan warganegara China dan Korea Selatan – dua negara yang mempunyai jangkitan coronavirus yang tinggi.

Beberapa posting di media sosial menunjukkan beratus-ratus jemaah solat bahu ke bahu di dalam masjid sementara beberapa tetamu menunjukkan selfie mereka kongsi makanan.

Tak dapat dipastikan jumlah sebenar orang-orang dari Malaysia, tapi kes-kes positif yang berkait dengan perhimpunan ini naik mendadak setiap hari di Asia Tenggara.

Menurut seorang lelaki dari Cambodia yang disahkan positif dan kini sedang dirawat di hospital Cambodia dan tak mahu mendedahkan namanya ini, jemaah di sana duduk rapat-rapat dengan satu sama lain.

Tabligh 2

Pegang tangan di majlis keagamaan dilakukan oleh ramai orang di merata-rata dunia. Jadi, bila saya jumpa orang, saya akan pegang tangan dan ianya normal. Saya tak tahu saya dapat jangkitan ini dari siapa.”

Ketika perhimpunan berlangsung, tak ada arahan atau amaran tentang basuh tangan, coronavirus mahu pun tentang penjagaan kesihatan. Tapi, membasuh tangan adalah salah satu amalan bagi umat Islam.

Seorang lagi jemaah dari Cambodia mengatakan, tetamu dari pelbagai negara telah berkongsi pinggan bila makanan dihidangkan.

Malangnya, sehingga hari ini, hanya separuh peserta Malaysia yang menghadiri perhimpunan ini telah melakukan ujian saringan. Malah, menteri kesihatan sendiri risau wabak dari masjid ini mungkin lebih teruk dari jangkaan.

Doakan Aku Negatif Lelaki Terlibat Perhimpunan Tabligh Usaha Untuk Lakukan Saringan Covid 19 Ajak Rakan Yang Bergejala Ikut Serta 5E6A09D1D3B1C

Di Brunei pula, 50 dari 56 kes positif di sana adalah dari perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling. Singapura pula ada lima kes terkait dengan perhimpunan tersebut, Cambodia 13 kes dan Thailand sekurang-kurangnya dua.

Manakala Vietnam, Filipina dan Indonesia yang hampir 700 rakyatnya hadir ke perhimpunan ini masih dalam siasatan.

“Tak bertanggungjawab”

Tab8

Perhimpunan tabligh di Sri Petaling ini bukanlah majlis keagamaan pertama yang menularkan virus secara besar-besaran. Ribuan kes di Korea Selatan juga dikaitkan dengan acara keagamaan di Gereja Jesus Shincheonji di Bandar Daegu.

Ketika perhimpunan tabligh ini dijalankan, Malaysia sedang mengalami kemelut politik sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik menjadi perdana menteri pada 1 Mac dan menghalang perhimpunan ramai pada 13 Mac. Sebelum itu, hanya ada nasihat dari kementerian kesihatan yang meminta orang ramai untuk mengurangkan aktiviti di tempat awam.

Beberapa jemaah telah mempertahankan acara ini dengan berkata ketika perhimpunan tersebut dijalankan, situasi di Malaysia hanya ada 25 kes saja dan tak teruk.

Kami tak risau sangat masa tu sebab situasi Covid-19 ketika itu dalam kawalan.”

Karim, yang menghadiri perhimpunan ini dan telah disahkan positif pula berkata kerajaan sepatutnya batalkan acara tersebut.

Kami agak kecewa bila kami dipersalahkan sepenuhnya atas wabak ini. Ianya tak adil. Tiada larangan pun ke atas acara ini ketika itu. Sekarang saya risau sebab saya positif. Tolong doakan saya.”

 

Baca: [TERKINI] 125 KES BARU & Majoriti Pesakit Dari Perhimpunan Tabligh, Malaysia Kini Catat 533 Jumlah Kes Covid-19

Screenshot 2020 03 18 At 2.07.20 Pm

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.