in

Berbeza Tajuk Dengan Akhbar Tempatan yang Lain, HarianMetro Cetus Kontroversi

Baby

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua tahu, isu pembuangan bayi di Malaysia ini bukan lah sesuatu yang baru. Ada bayi ditemui masih hidup dan ada juga yang ditemui telah mati dalam keadaan yang sangat menyedihkan!


Baru-baru ini, seorang bayi dijumpai di dalam sebuah kotak di kawasan Jinjang Selatan. Apa yang menarik perhatian adalah, salakan seekor anjing yang menyelamatkan nyawa bayi tersebut. Bayi itu ditemui masih bertali pusat dan uri oleh seorang pemilik anjing yang mengekori haiwan peliharaannya itu.

Namun, bukan cerita penemuan bayi itu yang menjadi viral, tetapi post Francis Yirdaki CT mengenai keratan beberapa akhbar tempatan yang menaikkan kemarahan dan kekecewaan netizen. Jom tengok apa yang beliau kongsikan:

Anjing1

Perbezaan tajuk keratan akhbar..

Anjing

Pelbagai reaksi diterima dari netizen tentang tajuk tersebut. Ada juga yang ‘perli’ Harian Metro kerana ia terang-terang membawa maksud yang berlainan.

Pengguna Facebook, Arvin Randahwa :

“Soalan bonus: Siapa lagi anjing? Editor Suratkhabar Metro atau Anjing yang selamatkan bayi ini?”

Daripada tajuk yang berlainan, sudah semestinya isi kandungan artikel itu juga berbeza daripada kisah yang sebenar. Seperti yang boleh dilihat di bawah tajuk besar itu tertulis:

“Bayi lelaki baru lahir diletakkan dalam kotak hampir jadi makanan haiwan”

Antara komen dari netizen:

Komen1  Komen3 Komen4 Komen5 Komen6 Komen7

 

Ada juga netizen yang berterima kasih dengan Francis di atas keprihatinan beliau:

Last

Sebab itu, jangan hanya percaya bulat-bulat setiap information yang anda dengar/baca. Bak kata orang utara, “Hang boleh pikiaq sendiri” kan? (Hehe)

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.