in

Berang Rambut Anak Digunting, Ibu Bapa Murid Balas Dendam Gunting Rambut Guru

Cats 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa di sini ada pengalaman dipanggil oleh guru disiplin kerana didakwa memiliki rambut yang panjang? Antara denda yang dikenakan di atas kesalahan berambut panjang adalah rambut anda akan digunting sehingga pendek.


Situasi yang sama berlaku di Indonesia apabila seorang guru telah menggunting rambut pelajarnya atas faktor melanggar kesalahan disiplin. Bagaimanapun, lain pula yang terjadi apabila rambut guru ini digunting semula oleh ibu bapa pelajar tersebut.

Menurut sumber, guru tersebut sudah memberi amaran berkali-kali kepada pelajar tersebut untuk menggungting rambutnya yang terlalu panjang dan tidak kemas. Namun, amaran tersebut tidak diendahkan sehingga guru tersebut sehingga dia terpaksa menggunting rambut pelajar itu sendiri.

Tindakan guru ini ternyata kurang disenangi oleh ibu bapa pelajar tersebut. Mahu membalas dendam atas apa yang terjadi kepada anak mereka, ibu bapa pelajar itu pergi ke sekolah lalu menggunting rambut guru tersebut ketika dia sedang mengajar di dalam kelas.

1 6

Kejadian yang berlaku di Paguyaman, Indonesia ini mendapat perhatian ramai apabila gambar guru ini botak di bahagian rambut tular di media sosial. Menurut laporan lanjut, kedua-dua pihak sudahpun meminta maaf dan kes ini dianggap selesai selepas mereka menulis surat permohonan maaf ke atas satu sama lain.

Meskipun kes ini sudah selesai, isu ini menimbulkan persoalan ramai adakah guru sudah tidak boleh mengenakan tindakan disiplin ke atas pelajar? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.

Kredit: Tribun News

BACA: Kanak-Kanak Tiga Tahun Alami Sindrom Pelik, Rambut Kekal Pacak Meskipun Disikat

Cats 42

Sumber: Insan Dai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.