in

Kanak-Kanak Tiga Tahun Alami Sindrom Pelik, Rambut Kekal Pacak Meskipun Disikat

Cats 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, Aurora mengalami sindrom pelik apabila rambutnya tidak boleh disikat seperti manusia biasa. Sindrom ini membuatkan rambut kanak-kanak itu kekal pacak dan tegak.


Menurut sumber, ibu Aurora, Ali McMillin hanya mengetahui rambut anaknya itu tidak boleh disikat dan sentiasa menegak sejak anaknya berusia satu tahun. Untuk rekod, McMillin berasal dari Dayton, Amerika Syarikat.

3 3

2 3

Bagaimanapun pada Januari 2022, Aurora secara rasmi telah disahkan menghidap sindrom rambut tidak boleh disikat oleh pakar. Rambut Aurora dicirikan sebagai kerinting dan tidak boleh disikat rata.

Meskipun McMillin menerima dengan hati terbuka dengan keunikan rambut anaknya itu, dia sering dikritik oleh orang ramai yang menggelarkannya sebagai ibu yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana anaknya sering kelihatan tidak kemas disebabkan rambut yang pacak.

“Saya berharap orang ramai faham bahawa jika saya basuh atau sikat, rambut Aurora tidak boleh disikat rapat ke bawah. Sebenarnya begitulah rupanya jika disikat”, kata suri rumah itu selain berkata dia pernah menangis dengan kecaman orang ramai.

Tambah McMillin, dia juga khuatir sindrom yang dialami oleh Aurora akan menyebabkan anaknya itu dibuli oleh kanak-kanak lain kerana keadaan rambutnya yang unik.

Kredit: Mirror

BACA: Kisah Disebalik Fesyen Rambut Pelik Jadi Ikutan, Ronaldo Mohon Maaf Kepada Ibu-ibu Seluruh Dunia

Capture 4

Sumber: Mirror
Sumber: Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.