in

“Ni bukan cobaan” – Doktor Jumpa Lebih 1,000 ‘Black Pearl’ Dalam Hempedu Lelaki Ni Lepas Dia Mengadu Sakit Perut

Collage 14

Baru-baru ni, seorang netizen dari Thailand, Arak Wongworachat, kongsikan gambar perut seorang lelaki berusia 60 tahun selepas pembedahan dijalankan.

Arak yang merupakan seorang doktor terkejut dengan apa yang dia temui dalam perut lelaki warga emas ini.

Dikatakan, lelaki ini telah datang ke hospital selepas mengalami demam, sakit perut dan matanya bertukar menjadi kuning. Lelaki tua ini juga mengatakan yang dia tak ada selera makan sampai berhari-hari.

Bila doktor membuat imbasan ultrasound ke atas perut lelaki ini, mereka temui ada pepejal dalam perut lelaki ini. Pihak hospital terus membuat keputusan untuk melakukan pembedahan dan apabila hempedu lelaki ini dibuka, ia dipenuhi dengan black pearl.

74467213 2825721967446651 827673814648225792 N

Menurut Arak, kerana banyak sangat pearl yang mereka temui dalam hempedu lelaki ni, dia sampai lost count lepas kira pearl yang ke 800!

74466782 2825721917446656 1183258374741950464 N

Korang semua mesti ingat black pearl dalam hempedu lelaki ni datang dari minuman boba milk tea kan? Sebenarnya, ‘black pearl’ dalam hempedu lelaki ini terjadi disebabkan oleh radang kronik hingga organnya itu dipenuhi dengan nanah yang kelihatan seperti boba ini.

Arak mengatakan, lelaki ini telah menderita sakit ini selama 5 tahun tanpa bantuan perubatan. Doktor ini juga menegaskan, tujuan dia kongsikan gambar-gambar ini bukanlah untuk menakutkan netizen tapi mengingatkan orang untuk terus berjumpa doktor jika rasa tak sihat untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku.

OMG scarynyaaa, selalu kalau sakit perut sis sapu minyak kapak je…

 

Baca: “Macam mana boleh tak perasan?” – Wanita Mengadu Sakit, Rupanya Ada Bayi Dah 15 Tahun ‘Terperangkap’ Dalam Perut

Woman Who Complained Of Abdominal Pains Discovers Dead Baby That Was Inside For 15 Years World Of Buzz