in

“Benda boleh gaduh buat apa bincang” – Mengamuk Kereta Kena Langgar, Lelaki Keluar Kereta & Terus Belasah!

Bergaduh Cheras

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Benda boleh gaduh buat apa bincang" - Mengamuk Kereta Kena Langgar, Lelaki Keluar Kereta & Terus Belasah!
Loading
/

Biasalah kalau berlaku kemalangan atau apa-apa berkenaan kereta atau di jalan raya, mesti boleh berbincang dulu sesama pemandu kan? Tapi dalam satu video viral di Facebook hari ini, seorang pemandu kereta dikatakan tidak boleh mengawal marah kerana dilihat membelasah seorang pemandu yang lain.


Kejadian berlaku sekitar jam 10.30 malam tadi (20 Jun) di C180 dekat Cheras Selatan di mana lelaki yang memakai t shirt berwarna hitam dirakam menendang pemandu kereta Axia itu sekuat hati beberapa kali!

Belasah1

Kemudian bila pemandu Axia tu keluar dari kereta cuba nak tahan, dia terus tarik dan sambung memukulnya di tengah jalan dan berterusan sehingga ke tepi jalan.

Tanpa menghiraukan orang awam di sekeliling termasuk ramai pemandu lain di belakang kereta mereka, dia bukan setakat memukul tapi dia juga menghentak badan lelaki berbaju kuning tu ke atas jalan sebelum sambung menumbuk kepalanya.

Sampai berdarah lelaki baju kuning tu dibuatnya! Malah, menurut orang awam di tempat kejadian, darah terpercik di atas jalan dan salah satu kereta di situ.

Belasah3

Kena Belasah2
sumber: facebook

Selepas teruk dibelasah, lelaki berbaju kuning tu dilihat terbaring kaku dan ketika itulah dia berhenti memukul. Orang awam yang berada di kejadian tidak hanya melihat tetapi mereka menghubungi pihak polis dan bantu pemandu yang cedera tu.

Kena Belasah3

Kena Belasah1
sumber: facebook

Tapi, lelaki berbaju hitam tu terus berlalu pergi dan pandu kereta dia dari situ. Tidak dinyatakan macam mana tercetusnya pergaduhan tu tapi kata netizen di bahagian komen, pemandu berbaju kuning ni tak sengaja terlangar kereta Nissan Teana milik lelaki tu. Lepas tu dia mengamuk, terus keluar kereta dan belasah pemandu Axia ni.

Kena Belasah4
sumber: facebook

Tonton video di bawah:

Bagaimanapun menurut WORLD OF BUZZ, pihak polis belum menerima apa-apa laporan berkenaan insiden itu dan menggesa orang awam yang menjadi saksi untuk tampil ke balai polis buat laporan polis.

Baca: “Bodoh Dah Tahu Bini Mengandung Pergi Menyelit”- Penunggang Motosikal Mengamuk Kerana Hampir Dilanggar

Moto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.