“Benda boleh bayar buat apa nak free?” – [VIDEO] Lawak Pula Tengok Abang Motor Ni Bayar Tol

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Selalu macam macam kerenah kita tengok dekat plaza tol kan? Ada yang lupa topup kad Touch n Go lah, ada kereta tak dapat detect smart tag lah tak pun ada yang ambil masa lama untuk sentuh kad dan macam macam lagi lah.

Tapi, this time ada satu kejadian pelik tapi kelakar pada admin berlaku dekat sebuah plaza tol. Satu video rakaman CCTV di plaza tol terbabit viral dekat Twitter sebab dianggap kelakar. Nak tau apa yang kelakar? Rakaman tu menunjukkan seorang penunggang motosikal lalu plaza tol dekat lorong Touch n Go! Tak pernah dibuat orang!

Video tu pendek je dalam 10 saat tapi memberi impak dekat netizen yang rata-ratanya terhibur dengan apa yang dorang tonton. Mula-mula korang akan nampak sebuah Proton Wira baru lepas sentuh kad Touch n Go.

Dekat belakang kereta tu ada satu motosikal warna merah yang ikut rapat tapi pada mulanya admin ingat motor tu akan kena hentak dengan palang automatik tu tapi bukan! Bila kereta Wira tu lepas je dari palang, motor tu berhenti dan sentuh kad Touch n Go! Padahal motor free je lalu tol wehhh! Haha!

Lepas dah sentuh kad tu, dia pun terus je tunggang motor macam biasa. Nampak biasa tapi sangat rare dan kelakar rasanya. Agaknya driver Wira tu perasan tak ada motor dekat belakang dia?

Ramai netizen terhibur dengan video pendek tu sebab benda macam ni memang jarang berlaku pun. Selalunya motor laju berdesup je lalu tepi plaza tol sebab free je kan!

“Selalu dia naik kereta, haritu lupa pula bawa motor.”

“Patut sarankan dia pakai Smart Tag terus, dah tak payah berhenti bagai.”

“Dia perlukan bukti untuk claim mileage.”

“Ini mesti kes nak claim dekat company.”

“Cara nak elakkan road block dekat laluan motor.”

“Aku pernah buat drive thru dekat McD naik motor.”

Jangan tak pasal pasal kerajaan impliment motor kena bayar tol pulak dah la. Sebab video abang ni viral punya pasal haha!

Baca: “Gais biawak gais!” – Netizen Berdekah Gelak Lihat Gelagat Staf J&T Express Pontian Bertaburan Lari Dikejar Biawak!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!