“Beli Mana Coklat Tu” – Bapa Beli Coklat Berbentuk Spanar Buat Anak Jadi Tular

Kalau namanya kanak-kanak, pastinya mereka gemarkan makanan manis seperti gula-gula dan coklat. Tak kesah lah bentuk atau rasa yang berbeza, janji asalkan berperisa manis.
Baru-baru ini, terdapat satu video tular dimana seorang bapa membeli cokelat berbentuk spanar.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian warganet ialah reaksi dan mimik muka empat orang anaknya.
@ariffachik lepas ni ayah bgi toolbox lak ea… #AmanahDariAllah #DuniaHanyaSementara #Kesayangan #Anak2 ♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling
Artikel berkaitan: Ramai Tersentuh Dengan Kisah Coklat Cadbury Yang Kini Dah Berusia 121 Tahun
Artikel berkaitan: Pernah Mencuri Di 7-Eleven, The Rock Borong Coklat Untuk Tebus Kesalahan Waktu Remaja
Video berkenaan mendapat pelbagai komen yang rata-rata terhibur dengan gelagat bapa kanak-kanak itu.
Malah, anak lelaki itu hanya menganguk pasrah dan menerima coklat yang diberi bapa mereka.
Walaupun bentuk unik namun masih lagi coklat dan semestinya anak-anak lelaki berkenaan gembira dengan pemberian itu.
Jangan pula bagi coklat perkakas bertukang pula nanti.



