in

Pernah Mencuri Di 7-Eleven, The Rock Borong Coklat Untuk Tebus Kesalahan Waktu Remaja

F2 Djtr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan pelakon yang terkenal dengan filem Jumanji dan Fast & Furious iaitu Dwayne Johnson ini kan?


Pelakon yang berusia 50 tahun ini yang juga dikenali sebagai The Rock baru-baru ini telah menarik perhatian peminat apabila dia kembali ke kedai serbaneka 7-Eleven di Hawaii untuk memborong coklat Snickers.

Memetik laporan Fox Business, ketika zaman remajanya, The Rock dan keluarganya tinggal di Hawaii dan ketika itu, mereka tidak mempunyai wang dan merupakan orang miskin.

6

Ini telah menyebabkan The Rock yang berusia 14 tahun pada ketika itu sering mencuri coklat dari 7-Eleven di situ kerana tak mampu untuk membeli coklat tersebut.

Baru-baru ini, The Rock kemudiannya kembali ke kampung halamannya dan kedai tersebut untuk menebus semula kesalahannya yang mencuri ketika remaja.

Aktor filem Central Intelligence ini telah berkongsi tentang kepulangannya itu menerusi Reels di Instagram peribadinya.

Dalam video berkenaan, The Rock telah memborong kesemua coklat Snickers yang dijual di kedai serbaneka itu.

Setelah semua coklat dibayar, pelakon itu telah meninggalkan coklat yang diborongnya di kaunter pembayaran untuk diberi kepada mana-mana pelanggan kedai itu.

Johnson juga telah memberitahu juruwang kedai itu untuk memberikan setiap coklat tersebut kepada sesiapa yang kelihatan seperti mahu mencurinya.

7 1

Dia juga turut memberikan tips kepada juruwang tersebut kerana cashier berkenaan perlu mengambil masa yang lama  mengira puluhan coklat tersebut.

Bukan itu sahaja, Johnson juga telah bermurah hati membayar kesemua barang yang dibeli oleh pelanggan kedai yang kebetulan berada di situ.

Difahamkan, jumlah bil yang dibayarnya mencecah $298 (kira-kira RM1,307.48). Fuh, banyak tu! 

Sumber: Fox Business, Instagram @therock

Baca: 4 Individu Terkenal Yang Mulakan Kerjaya Sebagai Atlet Sebelum Jadi Pelakon Hollywood

5

Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.