in

“Beli dadah free pistol” – Pengedar Dadah Di Malaysia ‘Makin Berani’.

Feat 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai tahu yang ‘Dadah’ merupakan musuh no.1 negara.


Malah pihak polis bekerja keras menjalankan pelbagai operasi bagi membendung masalah penyalahgunaan dadah di negara ini.

Actually macam-macam cara yang digunakan pengedar dadah dalam menjalankan kegiatan haram mereka itu, paling jijik mereka sanggup memasukkan dadah ke dalam dubur mereka semata-mata bagi mengelakkan daripada terkantoi sewaktu operasi atau pemeriksaan yang dijalankan keatas mereka..yuckss!

 

Giphy

Beli dadah percuma pistol!

Namun cara pengedaran dadah yang terbaharu ini pasti akan mengejutkan korang semua. Sebab ‘promotion’ yang dibuat pengedar dadah kali ini untuk me’laku’kan barang baik mereka itu seperti agak keterlaluan.

Beli dadah percuma senjata api! Ya itu merupakan kaedah terbaharu yang dilakukan oleh pengedar dadah di negara ini..woahhh! this is too much guys!!

Mesti korang terkejut kan? Ini bukan lawak tapi sememangnya berlaku di negeri Kelantan.

Aaa

Memetik sumber Astro Awani, pakej ‘beli dadah percuma senjata api’ itu dipercayai dipromosikan oleh pengedar dadah dari negara jiran.

Senjata api dibekalkan penjual dadah untuk kegunaan peribadi. Kes disiasat di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya dan Akta Senjata Api,” -Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanuddin Hassan

Untuk pengetahuan korang, kegiatan tersebut kantoi lepas satu serbuan dilakukan pihak polis di sebuah rumah yang terletak di Kok Lanas pada Isnin.

Penternak lembu, kontraktor dan buruh antara yang ditahan

Dalam operasi yang dijalankan pada 12.10 tengah malam itu, polis berjaya menahan 4 orang lelaki berusia antara 24 hingga 53 tahun yang merupakan penternak lembu, kontraktor dan buruh.

Bukan itu sahaja, polis turut merampas 290 botol dadah heroin seberat 1.6 kilogram (kg) dan 2.7 kg syabu bernilai RM71,980. Pada serbuan itu juga polis menemui satu paket plastik cerah berisi ketulan kristal yang disyaki syabu di bahagian ruang tamu tingkat atas.

4 13
Sumber : harian metro

1 17

Salah seorang daripada suspek yang ditahan juga mendedahkan satu lokasi lain di kawasan perumahan yang sama. Di rumah tersebut, polis menjumpai beberapa bungkusan berisi heroin, syabu dan sepucuk pistol revolver dalam almari kayu.

Malah suspek juga mengaku yang mereka dapat stok dadah itu daripada pembekal dari Thailand di kawasan pangkalan haram pohon jambu untuk pasaran Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang dan Terengganu.

Giphy

So korang boleh bayangkan tak, beli dadah percuma senjata api. Dahlah dadah itu memang boleh menjerumuskan seseorang dalam kancah jenayah, lepas itu diberi pulak senjata api, makin menjadi-jadi la lepas ini.

Baca : Bapa Tak Guna! Sumbat Pil Dadah Methamphetamine Pada Anak Umur 6 Tahun Untuk Kegunaan Sendiri!

Hauha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.