in

Bekas Pengerusi PAC Mengaku Padam Perkataan Dalam Laporan 1MDB?!

Fmt Hasan Arifin Dewan Rakyat Youtube 160818 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes 1MDB ni rasa macam tak berkesudahan tapi baru-baru ni Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam mengaku dia memadam beberapa baris perkataan dalam laporan jawatankuasa itu berhubung 1MDB, lapor Malaysiakini.


Namun, Datuk Hasan Arifin menjelaskan beliau membuat begitu kerana dimaklumkan maklumat berkenaan “bertaraf risikan”.

Datuk Hasan Arifin2
sumber: blog

Setelah mendiamkan diri lebih dua tahun, Hasan memberitahu dia membuat perkara itu pada 2016 bagi menghapuskan bahagian mengenai pemilikan Good Star Limited (GSL) selepas menerima surat dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Fmt Hasan Arifin Dewan Rakyat Youtube 160818
sumber: fmt

Beliau juga mengatakan bahawa BNM menulis surat dan memaklumkan bahawa maklumat berhubung GSL itu “bertaraf risikan” dan mengatakan bahawa keputusan yang dibuatnya adalah bagi menjamin integriti PAC.

“Memandangkan maklumat itu tidak boleh didedahkan kepada orang awam, maka saya tarik balik (hapus) perkataan itu dan maklumkan kepada PAC.”

Katanya lagi, BNM tidak boleh mengesahkan bahawa GSL yang didakwa menerima USD 1 bilion pada Sept 2009 dari 1MDB dimiliki oleh ahli perniagaan kontroversial 1MDB.

Pendedahan beliau itu mendapat kritikan daripada Tony Pua yang berkata Hasan seharusnya memaklumkan anggota PAC terlebih dulu dan sifatkan beliau tidak menghormati anggota PAC yang lain.

D770Ee4C9B638599879F5A6Fdaf18Dde
sumber: malaysiakini

Walau bagaimanapun, beliau menerangkan sekiranya beliau mendedahkan surat BNM itu kepada anggota PAC ia seperti beliau mendedahkan isu berkenaan kepada umum.

Sementara itu, sebelum ni Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Hasan bersalah kerana menyembunyikan maklumat berkenaan tetapi Hasan mencabar Lim untuk menunjukkan negara mana atau agensi mana yang boleh membuktikan pemilik GSL.

Lim Guan Eng 080818 Parlimen 3
sumber: fmt

Hasan turut mengancam untuk merujuk Lim kepada jawatankuasa pemilih bagi menjaga maruahnya.

Dalam ucapan penggulungan, Lim berkata dibandingkan dengan maruah seorang individu, adalah lebih penting untuk PAC mendedahkan pihak yang menyebabkan hutang RM50 bilion 1MDB.

Tak sabar nak tunggu kes ni selesai.

Baca: Najib Suruh PH Jangan Sibuk, Bayar Hutang 1MDB

Hq

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.