in

Bekas Pemain Harimau Malaya Ditahan Polis, Dipercayai Miliki Syabu

Page Bola

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan polis selepas dipercayai miliki dadah jenis syabu di Johor Bahru, semalam.

Menurut Berita Harian, suspek yang berusia 36 tahun itu difahamkan pernah menyertai beberapa pasukan bola sepak dalam saingan Liga Super malah dikatakan pernah menyarung jersi Harimau Muda dan juga Harimau Malaya.


Spekulasi penahanan bekas pemain bola sepak negara itu mendapat perhatian orang ramai selepas difahamkan ini bukannya kali pertama dirinya disyaki mempunyai bahan terlarang.

774607

Sebelum ini, suspek yang juga merupakan anak bekas pemain bola sepak Selangor yang pernah menjulang piala Liga Super sebanyak enam kali bersama dua pasukan yang berbeza dari tahun 2009 hingga 2017.

“Jumpa dadah dalam kereta di kerusi pemandu”

Dirinya yang merupakan anak kelahiran Melaka itu turut pernah menjulang kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan juga Piala Sumbangsih.

Menurut Kosmo Online, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara iaitu Assisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid mengesahkan bahawa pihak mereka telah menahan suspek tersebut untuk melakukan siasatan lanjut.

Cats 13

Dadah jenis syabu seberat 3.58 gram itu ditemui dalam kereta suspek yang dipercayai disembunyikan dalam sebuah kotak kecil diletak di atas kerusi pemandu dengan tujuan untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Korang agak-agak siapa eh?

Baca: Lelaki Tunggang Motor Bogel Lepas Kelar Isteri & Anak Dah Ditahan Polis

Untitled 2 5

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.