in

Bekas Menteri Terlibat Skandal Cabul Remaja 15 Tahun Dalam Kereta?

Terbabit Kes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, tular di media sosial seorang remaja berusia 15 tahun didakwa telah dicabul oleh seorang bekas menteri.


Posting yang dimuat naik oleh Pengerusi MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan di Twitter ni telah menarik perhatian ramai apabila beliau mempersoalkan sebab kenapa Ahli Parlimen terbabit masih belum ditangkap. 

Sanjeevan 1
sumber: twitter

 

“Harap tiada cubaan ‘cover up’ kerana melibatkan VVIP” 

Menerusi beberapa siri tweet tersebut, Sanjeevan juga berharap tiada cubaan untuk ‘cover up’ kes ini kerana berita ni tidak dilaporkan oleh mana-mana media.

Menurut sumber, remaja tersebut telah membuat laporan di balai polis Kangar, Perlis bahawa dia telah dicabul oleh seorang ‘Ahli Parlimen’ yang juga bekas menteri pada 20 Oktober lepas.

Sanjeevan 2

Cover Up
sumber: twitter
Sanjeevan 4
sumber: twitter

 

Tarik semula laporan pada jam 4 pagi?

Walau bagaimanapun, Sanjeevan sekali lagi menarik perhatian apabila up tweet dengan mengatakan remaja tersebut telah menarik laporannya sekitar jam 4 pagi.

Tarik Balik
sumber: twitter

Perkara ni disahkan pihak polis yang mengatakan remaja tu telah menarik laporannya sehari lepas membuat laporan di Perlis, lapor Malaysiakini. Meskipun laporan telah ditarik balik, pihak polis katanya akan teruskan siasatan tersebut dengan mengambil keterangan mereka yang terbabit.

“Kita bukan nak diamkan atau lindungi dia (bekas menteri). Apabila laporan dibuat oleh remaja berusia 15 tahun ini, kita klasifikasikannya sebagai sulit.

“Kita teruskan siasat. Mungkin bekas menteri ini jumpa keluarga mangsa untuk tarik balik laporan. (Tetapi) tidak bermakna polis tutup kes. Siasatan diteruskan.

“Kita sudah minta D11 Bukit Aman (Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak) untuk rekodkan kenyataannya. Kemudian kertas siasatan akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” kata Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed.

 

Bekas menteri rupanya… Shahidan Kassim? 

Tak cukup dengan pendedahan yang dibuat sebelum ni, Sanjeevan akhirnya ‘spill the tea’ dengan mendedahkan suspek rupanya Datuk Seri Shahidan Kassim berdasarkan laporan yang dibuat mangsa. 

Shahidan Cabul
sumber: twitter

Menurut laporan polis, mangsa mendakwa bekas menteri tersebut telah memegang tangan dan meraba bahagian belakang badannya. Aduhaii…

Image 6
sumber: sinar harian

Rata-rata netizen yang mengikuti isu ini bagaikan tidak percaya bekas menteri tersebut terlibat dalam kes ni. Shahidan jugak digambarkan sebagai tak berapa sihat dan uzur kerana sering menggunakan kerusi roda.

Tua Gatak
sumber: twitter

Kes ini bakal disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Harap siasatan yang dijalankan telus dan adil supaya mangsa tak teraniaya. 

Baca: Shahidan Kassim Digesa Lepas Jawatan dan Sembah Maaf

Shahidan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.