in

Shahidan Kassim Digesa Lepas Jawatan dan Sembah Maaf

Shahidankassim L1 940X470

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas sembilan orang wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak hadir pada Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar kerana pelantikan Datuk Seri Azlan Man didakwa tidak dapat sokongan majoriti wakil DUN.


Selepas konflik politik yang berlaku, sekumpulan ketua UMNO cawangan di DUN Chuping pula menggesa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perlis yang melawan titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail supaya menyembah maaf.

Tuanku
sumber: berita harian

Menurut mStar, Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim bukan sahaja digesa menyembah maaf tapi juga disaran meletak jawatan. Ketua Umno Cawangan Panggas Kecil, Md Isa Seman mewakili yang lain berkata bahawa wajar untuk Shahidan melepaskan jawatan kerana seorang wakil rakyat tidak boleh membantah titah raja.

“Mereka ini bukan orang biasa-biasa. Rakyat berasa sangat marah, dah bagi mandat, mereka tinggal rakyat pula, tak usahlah bersama kami lagi.

“Jika enggan mohon maaf kepada tuanku, tindakan lebih tegas akan kami ambil selepas ini, jangan pandang rendah kepada pemimpin masyarakat seperti kami,” kata Md Isa lagi.

Turut hadir pada perhimpunan pagi itu adalah beberapa orang wakil badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Solidariti Nasional (Persona) Perlis, Persatuan Silat Pesaka Perlis dan wakil kaum Siam Chuping.

Ym Shahidan1 0906
sumber: the malay mail

Pengerusi Persona Perlis, Abdul Rahim Ahmad berpendapat bahawa banyak masalah yang patut dibaiki oleh BN terlebih dahulu sebelum membuat bantahan yang melibatkan institusi raja seperti itu.

“Urusan berkaitan pentadbiran harus dipermudahkan, tubuh kerajaan secepat mungkin di Perlis untuk jadi lebih baik.”

“Wakil-wakil rakyat diminta fikir dan kembali kepada titah tuanku agar kemelut ini berakhir.”

Semoga kemelut politik di Perlis cepat-cepat berakhir dan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada rakyat pula.

Baca: “Ni sebabnya anak muda meluat dengan UMNO”

Umno

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.