in

Bayi Dilahirkan ‘Mengandung’ Kembar Sendiri Terpaksa Jalani Pembedahan C-Section Lepas Keluar Dari Perut Ibu

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sangat jarang berlaku tapi korang mesti pernah dengar tentang kes bayi ‘makan’ kembar dalam perut kan?


Ketika imbasan ultrasound dilakukan, Monica Vega dapat tahu yang dia sedang mengandungkan anak kembar namun menurut ati, sebelum melahirkan, Monica dapat tahu yang anaknya dalam perut telah memakan kembarnya sendiri.

Kondisi wanita dari Colombia yang dipanggil sebagai “fetus in fetu” ini sangat jarang berlaku dan menurut laporan Institut Kesihatan Nasional, kondisi ini hanya berlaku pada setiap satu dari 500,000 kelahiran sahaja.

Ultrasound Scan Of Itzmara In The Womb
Sumber: ati

Malangnya, untuk kes Monica, bukan dia je yang terpaksa menjalani pembedahan C-section, tapi anak perempuannya Itzmara juga terpaksa menjalani pembedahan ceaser di usia satu hari!

Walaupun janin kembarnya tak mempunyai jantung dan otak, ia masih membesar di dalam perut Itzmara pada kadar membahayakan. Saiz janin mati yang membesar dalam perut Itzmara ini bakal merosakkan organ dalaman bayi ini.

Baby Itzmara After Surgery
Sumber: ati

Walaupun kes Monica ini sangat serious, doktor yang merawatnya sangat berpengalaman dalam mengendalikan kandungan berisiko tinggi.

Monica terpaksa melahirkan bayinya yang masih pra-matang melalui kaedah C-section dan menyerahkan bayi tersebut kepada doktor pakar untuk menjalankan satu lagi pembedahan C-section ke atas bayi tersebut.

Mujur, kedua-dua pembedahan ini berjaya dan Itzmara dijangkakan dalam keadaan baik dan mungkin tak mengalami apa-apa komplikasi di masa hadapan.

 

Baca: Ibu & Bayi Baru Lahir Mati Sebab Doktor Lakukan Pembedahan Ceasar Dalam Keadaan Mabuk

Screenshot 2019 12 13 At 12.06.23 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.