in

Bayi Baru Lahir Terima 13 Jahitan Di Muka Lepas Ibu Terpaksa Jalani Pembedahan Caesarean Kecemasan

Kyanni 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kegembiraan sebuah keluarga selepas menerima berita kelahiran bayi baru terbantut selepas bayi perempuan terbabit terpaksa menerima lebih sedozen jahitan di muka selepas dilahirkan melalui pembedahan C-section kecemasan.

Kyanni E1624677357876

Memetik laporan New York Post, pada mulanya, Reazjhana, ibu kepada bayi bernama Kyanni ini mahu melahirkan anaknya secara natural namun selepas doktor gagal mengesan degupan jantungnya, ibu terbabit terpaksa dibedah pada minggu lalu.


“Mereka (doktor) berkata, bayi kami melakukan pergerakan mengejut dan mereka tak dapat mendengar atau mencari degupan jantungnya. Isteri saya kemudiannya dibawa ke dewan bedah untuk melakukan pembedahan C-section kecemasan,” jelas Damarquis Williams, bapa kepada bayi Kyanni.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja Kyanni dilahirkan, keluarga itu terus menyedari kehadiran kesan luka besar pada pipinya.

Kyanni 1 E1624677680405

“Mereka kata muka Kyanni terlalu dekat dengan dinding placenta,” tambah Damarquis lagi.

Insiden terbabit mengakibatkan Kyanni yang baru dilahirkan perlu berjumpa doktor pakar pembedahan plastik dan menerima 13 jahitan pada wajahnya.

Kyanni 2 E1624678044808

Menurut datuk Kyanni pula, dia amat dukacita dengan kejadian yang menimpa cucunya itu dan berkata dia tidak pernah melihat mana-mana bayi yang dilahirkan dengan luka begitu akibat pembedahan C-section.

Difahamkan, keluarga terbabit kini melancarkan laman GoFundMe bagi mengumpul dana untuk mengupah peguam bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.

Sumber: New York Post

Baca: Bayi IVF Penantian 12 Tahun Positif Covid-19, Puncanya Dari Family Gathering

Fi Baby E1624676409968

Sumber: Gmbar Hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.